Wednesday, July 30, 2008

76 years and 4 years after dismissal

Allahumma solli a'la Muhammad, wa a'la alihi kulli ajmain. Solawat.

76 years and 4 years after his dismissal, it is a point to ponder, contemplate what we have doing so far. Have we prayed for him enough, or we just assuming that we have prayed for him everyday. He should be in his 76 year this year, on 28th July 2008. Our father with so much respect and what we have inside are the traits from his struggling and from Allah's mercy.
What I have learned much from him, was, a man should be a man. The one who is responsible for the well of the family member. Not just yet, he assuring that his family deserve what the best, not only in material gain, but as much as in spiritual and mental. His number one priority was education, both in secular and religious.
He was the man which is honest with his job. Embracing the portfolio with all of his heart, come what may. He might be the most honest, only then people take advantage on him. And as far as I'm concern, I'm now in his sunnah (pathway).
He, somehow can forecast the future far beyond our comprehension. If not him, I'm might be end up as an accountant, or religious teacher, not be able to know the best trade in me. Thanks to him, to be so strict, so that, I know where I should put my feet and be thankful for what I'm.
76 years and 4 years after his dismissal, and I miss him so much.

Tuesday, July 29, 2008

The Edge

Saya masih ingat antara lain doktrin yang ditanam kukuh dalam benak sewaktu kecil adalah seperti ini: antara lain tanda-tanda akhir zaman nanti, di Arab akan turun salji.
Saya percaya benar waktu itu kerana dalam keadaan macam mana sekalipun, Arab (particular di Padang Pasir) mustahil salji boleh turun. Sedang di Malaysia yang cuacanya suam-suam (kejap panas, kejap hujan) pun tidak pernah dikunjungi salji. Berikut adalah gambar-gambar yang masuk dalam peti email saya:




Saya masih terkagum dengan gambar-gambar ini...

Wednesday, July 23, 2008

Orang Baru


Kelahiran baru di bulan 7
Bulan 7 Hijrah
Bulan 7 Masihi
Bernaung di Buruj Leo
dan kami menunggu
namanya dengan debar

Sunday, July 13, 2008

Howl's Moving Castle

Terima kasih kepada rakan (Sazrul) yang mengesyorkan Howl’s Moving Castle. Best! Mmm, kalau, kalau anda punya rumah seperti Howl’s, nak letak kat mana ye? Owh, bagi yang tidak pernah tengok, Rumah Howl boleh la diibaratkan seperti pintu sesuka hati Doraemon. Bezanya, pintu Doaemon ada satu dan boleh pergi ke mana-mana tempat yang kita suka itu, one at a time.

Pintu Howl pula ada 4 kunci, maksudnya boleh berada di 4 tempat berbeza dalam satu masa. Setiap tempat diwakili oleh satu warna, contoh, Keramat-Hijau, Jengka-Merah, Langkawi-Biru dan Kinokuniya KLCC-Hitam. Apa yang perlu anda buat ialah memutarkan dail biru, buka pintu akan berada di Langkawi. Tutup pintu balik putar dail hijau, buka pintu akan berada di Keramat. Begitulah seterusnya.

So, kalau anda ada rumah seperti Howl’s, anda nak letak kat mana ya?

Wednesday, July 9, 2008

Kaya

Mungkin kita silap mendifinisikan kaya. Saya juga tidak terkecuali. Dalam falsafah bonda, kaya adalah sesuatu yang lain. Baru-baru ini, Bonda menyedarkan saya. Bahawa saya sedang berkawan dengan orang yang paling kaya di dunia. Dialog Bonda dan Kawan.

Bonda: Tinggal di mana?
Kawan: Tinggal di kampung.
Bonda: Ada siapa di kampung?
Kawan: Ada Mak, Abah, Atuk dan Wan.
Bonda: Owh kaya awak ya, masih ada Atuk dan Wan.

Meski saya miskin, tapi saya ada kawan kaya, dan itu membuatkan saya mahu sentiasa tersenyum macam orang kaya!

Thursday, July 3, 2008

Rindu


Saya mendengar dari PSP, lagu orkestra Hadad Alwi yang telah lama diidam untuk dinikmati. Di waktu langit Keramat yang mendung, udara basah nyaman dan damai, cuti dan 2 buah buku untuk dihadam, tiba-tiba, rindu datang. Rindu itu, apa ya?
Saya terkenang di Masjid Nabi. Betapa kesempatan yang datang itu seperti rezeki dari langit. Seperti manna wa salwa, makanan kaum Nabi Musa yang diberikan selepas mereka menyeberangi langit merah. Seperti itulah. Saya amat bersyukur dapat melalukan perjalanan ke Haramain. Untuk umrah ziarah. Dan disitulah, titik saya faham banyak perkara. Dan doa-doa yang mengapung adalah azimat lembah kefahaman. Di haramain juga saya direzekikan Tuhan untuk bertemu teman karib.
Ya Julai telah tiba. Ia bulan ke tujuh dalam kalender masehi. Banyak yang baik-baik berlaku seingat ingatan saya, berlaku di bulan keramat ini. Saya juga berjumpa kawan-kawan baik yang bernaung tarikh kelahiran di bulan ini. KD juga teman yang saya dijodohkan bersama di bulan ini. Tapi dalam sekian banyak, bagi saya Julai adalah bulan Ayah. Kerana itu Julai istimewa. Bernaung di gugusan bintang Leo, Ayah telah menjadi terlalu istimewa. Orkestra Hadad Alwi, dengan alunan seruling yang mulus dan damai. Dengan gesekan biola mendayu. Saya jadi rindu.
Odisi ke Langkawi, yang menyebabkan urat-urat betis jadi begitu ketat selama 3 hari adalah satu kenikmatan tersendiri. Mendengar Ya Tayibbah Haddad Alwi, dengan langit mendung, udara basah, ingat Ayah, mengigat perjalanan dari penginapan-melewati masjid saidina Ali- menyusur kompleks masjid Nabi-menuju ke kubah hijau-melewati mereka berpakaian jubah putih dan berserban merah-berpapasan dengan wanita-wanita berkelubung hitam-lelaki-lelaki Iran yang renta-menuju ke tembok-tembok Baqi': masih odisi yang tidak tertanding.
Di hari-hari kembali ke daerah kelahiran, di bulan istimewa, saya jadi terlalu amat rindu.

(gambar: courtesy oleh Aryasu Purezento)

to all my specials sharing this month together and The Leo's: from Keramat with Love: Ayahanda (sepenuh takzim), Mis Nur, My sis Eja, Alif, Faiz, My Mentor Dr K, My Mentos Prof S, Hemmingway, Arenawati, Usman Awang, Yusuf Islam (Cat Stevens)

Sunday, June 22, 2008

Franck Ribery

Bila Franck Ribery mengapung doa di langit Bundes Liga ia adalah sesuatu. Bila Ribery menadah tangan di langit Perancis dan Turkey adalah sesuatu. Franck Ribery bukan ada apa-apa pun dengan saya. Saya nyata adalah peminatnya yang tidak tegar. Kerana itu saya menggelarnya unknown quality waktu Piala Dunia 2006 yang lalu. Beraksi di sayap kiri, menyokong Zidane dan feeder kepada Henry, siapa Ribery pada saya.

Buat apa saya suka Ribery yang digelar Kaiser di Jerman, The King di Perancis, Ferraribery di Turkey. Yang menyarung jersi keramat 7 di dalam kelab paling utama Bayern Munchen dan Marseille di Perancis. Mewakili Galasataray di Turkey, sehingga membenam Fernebahce. Sehingga bergaduh-gaduh pengurus Marsaille dengan Galasataray. Yang punya 2 parut besar di wajah akibat kemalangan waktu kecilnya. Ya, buat apa dan untuk apa Ribery pada saya.

Lebih baik saya memilih Christiano Ronaldo bukan. Dia juga menyarung jersi 7 di kelab paling kaya di England. Kelab yang saya tak suka itu, Manchester United, Red Devil. Dan kakinya seperti lipas kudung, sangat pantas dan laju. 42 gol, 42 gol untuk seorang pemain sayap. Sangat hebat. Henry pun tidak pernah (rasanya, ke pernah, lupa pulak) menyumbang gol sebanyak itu untuk Arsennal.

Sebenar, Ribery saudara saya. Terkejut? Saya sendiri terkejut. Betul saya bukannya lahir di Perancis pun. Ayah saya juga bukan orang Perancis, mak juga bukan. Ayat Perancis yang saya paling fasih ialah Wi sahaja. Tapi Ribery saudara saya. Saudara anda juga. Saudara muslim kita. Dan dia mengapungkan doa di dada langit Jerman! Ada banyak maknanya doa dipanjatkan, di atas hijau padang bola, di langit Jerman, ketika menyarung jersi Bayern Munchen (dengan senarai pemain seperti Klose, Ze Roberto dan Podolski) dan jurulatihnya Juergen Klinsman oleh seorang Caucasian seperti Franck Ribery.

Saya menyanjung Ribery kerana kesungguhannya. Lihat sahaja permainan kakinya yang hebat meski tidak sehebat Ronaldo. Meski, ya meski, Ribery mudah sahaja menewaskan 3 pemain pertahanan yang mengepungnya segenap sudut dengan kilasan dan dinamisme pergerakkan yang ada padanya. Boleh sahaja dia bergerak dari tengah menewaskan 5 pemain lain dan menyumbat gol di sudut gawang kanan luar dari kotak penalty dengan kaki kirinya. Ya kaki kiri.

Ribery mengajar saya satu, dan itu cukup untuk buat saya pantas menyanjungnya. Kesungguhan. Bahasa Arabnya jihad. Dan Ribery berdakwah keseluruh pelusuk dunia tentang Islam, keindahannya, tanpa suara, hanya menadah tapak tangan ke langit Jerman sebelum perlawanan bermula. Penyokong-penyokong dalam gema suara stadium menyoraknya, Ribery, Ribery, Ribery. Di kalangan rakyat Jerman yang tidak mengenal keesaan Tuhan, mereka menyorak nama hambaNya kuat-kuat, sepenuh perasaan.

Bagi saya Ribery berdakwah dengan cara yang paling tidak konvensional. Di padang bola. Khalayak non muslim mungkin boleh banyak membaca tentang Islam di mana-mana, tapi akhlaklah yang akan menyentuh nubari. Yakin dan beranilah yang membuka mata. Menadah tangan di langit Jerman, bukanlah tidak ada apa-apa. Ia adalah segala-galanya. Bagi masyarakat yang seolah menjadikan bola agama, graviti dan medan magnetik kehidupan mereka, menadah tangan ke langit itu ialah satu isyarat simbol mengEsakan Tuhan. Bergantung padaNya. Yang nantinya akan mengajak yang lain tertanya-tanya, apa perlunya Sang Raja, Kaiser (Ribery) berbuat seperti itu. Dalam calar imej Islam yang dahsyat di mana-mana, tadah tangan Ribery memberi nyaman di jiwa.

Belajar dari Ribery. Saya memang tidak pandai bermain bola. Tapi saya tahu saya boleh bersungguh. Itulah jalan jihad saya. Seperti Ribery, saya akan bersungguh. Dan kesungguhan ini adalah kerana, DemiNya semata. DemiNya semata.

p/s: Lihat di paparan muka hadapan blog ini untuk melihat pautan video you tube kelincahan Franck di padang bola.