Sunday, July 13, 2008

Howl's Moving Castle

Terima kasih kepada rakan (Sazrul) yang mengesyorkan Howl’s Moving Castle. Best! Mmm, kalau, kalau anda punya rumah seperti Howl’s, nak letak kat mana ye? Owh, bagi yang tidak pernah tengok, Rumah Howl boleh la diibaratkan seperti pintu sesuka hati Doraemon. Bezanya, pintu Doaemon ada satu dan boleh pergi ke mana-mana tempat yang kita suka itu, one at a time.

Pintu Howl pula ada 4 kunci, maksudnya boleh berada di 4 tempat berbeza dalam satu masa. Setiap tempat diwakili oleh satu warna, contoh, Keramat-Hijau, Jengka-Merah, Langkawi-Biru dan Kinokuniya KLCC-Hitam. Apa yang perlu anda buat ialah memutarkan dail biru, buka pintu akan berada di Langkawi. Tutup pintu balik putar dail hijau, buka pintu akan berada di Keramat. Begitulah seterusnya.

So, kalau anda ada rumah seperti Howl’s, anda nak letak kat mana ya?

4 comments:

sazrul said...

bestkan? aku dah tgk byk kali...x boring pun...biasa aku tak suka tgk citer berkali2...tapi aku tabik kat pompuan tua tu...tak merungut apa pun bila dia kena sihir jadi tua...

sazrul said...

kalau aku nak pintu aku kat mekah,madinah,london,kl...hehehe

Nur said...

whhahaha..but or me, the spirited away is the best, even dah tgk howl's moving castle, kiki's delivery service,the girl who leapt thorugh time,whisper of the heart and the fireflies..aper tah tak ingat..

and of course my doors are : durham, teluk intan , mekkah and madinah.

as said...

my door - keramat (bestnye kan kalu bleh balik ari2), jengka, George Washington University (if possible as close as where I can reach Prof Hosein Nasr lecture's), satu tempat yang cantik seperti dalam cerita Howl (so I can have everyday punya relaxing area-so wonderful ey)