Wednesday, September 24, 2008

dalam dunia kapitalis

Seorang ibu muda yang mata menceritakan hanya satu, lelah terhadap dunia yang tidak melayannya baik. Dan anak yang baru melewati usia lepas pantang, juga mempunyai mata ibu, mata yang sayu. Saya memandang dua pasang mata itu tidak terdaya. Dan di sisi mereka, seorang lagi anak sang ibu yang baru masuk umur 3 tahun, gembira tidak tahu apa-apa.
Mereka dipisahkan dengan ayah kerana dunia kapitalis ini. Sang ayah bekerja di tempat jauhnya 250km. Kesempatan bersama hanyalah di hujung minggu. Ya, untuk zaman ini, ia bukanlah satu perkara yang asing, melainkan satu permandangan yang biasa, terlalu biasa. Dan dunia tegar melihat mereka, yang kadang kala terpaksa memanjat bas, anak yang baru melewati usia lepas pantang, anak 3 tahun yang masih mahu dimanjai, ibu yang kepenatan, demi untuk bertemu ayah setiap hujung minggu.
Namun, apalah kiranya, jika mana-mana satu majikan, baik dari ayah atau ibu, melakukan ikhsan, membenarkan mereka berpindah tanpa syarat, demi satu kelangsungan hidup bekeluarga seperti mana yang sepatutnya.
Dunia kapitalis, yang menelan manusia. Manusia perlu ada semua, kereta, rumah besar, perabut untuk dapur sahaja berpuluh ribu ringgit, apatah lagi perabut untuk semua ruangan yang ada, pakaian, aksesori badan, perawatan badan dan wajah, dan lagi dan lagi. Meski punya segala, ia tetap tidak menjadikan kita lebih manusia.
Sang ibu masih tetap perlu terus bekerja, menjaga anak yang kecil dan banyak kerenah sendiri, untuk membayar apa yang telah dipinjam dari kapitalis.
Sang ayah masih tetap perlu bekerja dan duduk berjauhan, dan membiarkan kapitalis menelan di depan mata sendiri. Tanpa perlu ada rasa berjuang untuk sebuah perkara yang lebih penting: erti sebuah keluarga!

Saya; hanya pencatat massa, yang tidak mampu berbuat apa-apa.

Saturday, September 20, 2008

Mimpi

Ngeri betul mimpi. Sepanjang masa rasa cemas. Saya bermimpi bank negara kita gagal. Kerana bank kita gagal, semua simpanan dalam bank-bank komersial yang lain juga tidak mampu beroperasi. Dalam mimpi saya tidak dapat mengeluarkan duit saya yang sikit itu. Dalam beg duit saya cuma ada beberapa sen sahaja yang tinggal. Saya memandang rakan cemas. Saya memandang kiri kanan. Peluh sudah basah membasahi baju. Saya tidak ada emas yang boleh dipajakkan. Saya tidak ada tanah yang boleh diduduki dan bercucuk tanam. Nasib baik lepas itu saya terbangun terus. Huh ngeri betul!

Komen rakan : Hek eleh, mimpi pun intelek.
Saya : Hah? Hei kawan, AIG pun bankrupt tau.

Sunday, September 14, 2008

Iftar as Keramatian

It just discover recently. The Keramatian who have had live and brought up in Keramat have the same habits during iftar (breakfast), at least my family. We will gathered together in the same house for iftar. They are many others with different background. But the way they break their fast will be totally different. The Keramatian will take a plate, wait for the bubur lambuk to come, and pour as many as they can. So, they will eat bubur lambuk first before other dishes. What ever special dish have been serve on that day, the Keramatian will simply make the first attack on the bubur lambuk :)

Luckily, we have a mosque which is only 14 steps away.

And every day, murtabak is also a must.

Sunday, September 7, 2008

Pilih: Hidup atau Survival


Apa kata anda tentang hidup?
Apa kata anda tentang survival?
Mari belajar mengenai hidup dan survival melalui Wall.E.

Di dalam Wall.E bila mana manusia terpaksa mengungsi ke angkasa lepas kerana udara bumi yang sudah tercemar amat, mereka di hadapkan dengan kehidupan yang sangat sangat sangat selesa. Malah manusia tidak perlu bergerak walau seinci. Bercakap pun menggunakan skrin. Makan pun disediakan. Anak juga dihasilkan di makmal.

Bila mana mereka dihadapkan dengan 2 pilihan, balik ke bumi dan hidup seperti nenek moyang (bercucuk tanam dan berusaha untuk hidup) atau kekal selesa di angkasa, tanya robot kepada Kapten kapal,

Robot: Tinggal sahaja di angkasa dan manusia akan survive
Jawab kapten
Kapten: Saya tidak mahu survive, saya mahu hidup!

Ya, manusia hanya akan hidup jika mereka terus berusaha untuk kehidupan mereka.
Survival adalah permainan selamat, follow the rules and you will save.
Hidup adalah janaan (drive), kemahuan untuk mencapai, meski peroleh atau tidak, proses untuk mencapai itulah satu kehidupan.

Kalau memilih untuk hidup, soalnya bagaimana?

Boleh jadi anda hidup tetapi tidak menjadi diri sendiri kerana perlu mengadaptasi diri dengan persikataran yang korup, maka anda sendiri korup.

Boleh jadi anda hidup tapi pada masa yang sama anda hilang kemanusiaan.

Boleh jadi anda hidup tetapi perlu berpura-pura demi untuk mendapat perhatian dari orang atas, kemudian diberi tempat atas dasar kebolehan mengipas, itukah caranya?

Boleh jadi anda hidup, kemudian dalam persekitaran yang sukar memilih untuk kekal dalam prinsip, dan akhirnya dengan jihad ini, memberi peluang orang lain juga untuk hidup dalam prinsip yang mereka pegang kukuh dan utuh.

Alangkah indah jika dapat menjadi yang akhir. Namun jika tidak, memadai untuk dapat hidup, dalam persekitaran yang hidup tanpa menggadaikan nilai yang terbaik dalam diri!