Seorang ibu muda yang mata menceritakan hanya satu, lelah terhadap dunia yang tidak melayannya baik. Dan anak yang baru melewati usia lepas pantang, juga mempunyai mata ibu, mata yang sayu. Saya memandang dua pasang mata itu tidak terdaya. Dan di sisi mereka, seorang lagi anak sang ibu yang baru masuk umur 3 tahun, gembira tidak tahu apa-apa.
Mereka dipisahkan dengan ayah kerana dunia kapitalis ini. Sang ayah bekerja di tempat jauhnya 250km. Kesempatan bersama hanyalah di hujung minggu. Ya, untuk zaman ini, ia bukanlah satu perkara yang asing, melainkan satu permandangan yang biasa, terlalu biasa. Dan dunia tegar melihat mereka, yang kadang kala terpaksa memanjat bas, anak yang baru melewati usia lepas pantang, anak 3 tahun yang masih mahu dimanjai, ibu yang kepenatan, demi untuk bertemu ayah setiap hujung minggu.
Namun, apalah kiranya, jika mana-mana satu majikan, baik dari ayah atau ibu, melakukan ikhsan, membenarkan mereka berpindah tanpa syarat, demi satu kelangsungan hidup bekeluarga seperti mana yang sepatutnya.
Dunia kapitalis, yang menelan manusia. Manusia perlu ada semua, kereta, rumah besar, perabut untuk dapur sahaja berpuluh ribu ringgit, apatah lagi perabut untuk semua ruangan yang ada, pakaian, aksesori badan, perawatan badan dan wajah, dan lagi dan lagi. Meski punya segala, ia tetap tidak menjadikan kita lebih manusia.
Sang ibu masih tetap perlu terus bekerja, menjaga anak yang kecil dan banyak kerenah sendiri, untuk membayar apa yang telah dipinjam dari kapitalis.
Sang ayah masih tetap perlu bekerja dan duduk berjauhan, dan membiarkan kapitalis menelan di depan mata sendiri. Tanpa perlu ada rasa berjuang untuk sebuah perkara yang lebih penting: erti sebuah keluarga!
Saya; hanya pencatat massa, yang tidak mampu berbuat apa-apa.
1 comment:
tuan asal...
separation ....terpaksa berpisah...itu yang tragik. itu yang zalim.
kita berkeluarga bukan untuk sana sorang, sini sorang. untuk bersama.
I.S.A ditentang kerana separation yang tidak dijustify, bukan kerana menu nya!
salam aidil fitri. tak dapat datang rumah, datang blog pun ok.
Post a Comment