Salam
Tuan / Puan / Encik / Cik yang beri komen di diari aku. Kenapa nak luku kepala
aku eh?
Aku
pun kena jawab juga. Aku dah tanya CJ7 kemungkinan besar aku tak nak belajar
dengan dia buat masa ni. Belum waktunya kot, rasa aku lah. CJ7 ok relax je. Tak
de reaksi langsung. Hahaha, of course sebab aku Whatsapp je dengan CJ7 macamana
aku nak nampak reaksi.
Tapi
aku tanya lagi, tak pe ke? CJ7 jawab tak pe. Tak marah ke? Tak. Betul ke?
Betul.
Harus
kena lempang je aku ni kan. Sumpah CJ7 tu penyabar.
“Saya
ambil ayat Quran, tak ada paksaan dalam agama. Tiada paksaan juga untuk awak
tahu sesuatu.” CJ7 sambung mesej.
Oh.
Sentap gak.
“Awak
akan jumpa jalan awak.”
Tiba-tiba
dunia jadi macam sunyi. Tapi semua kata-kata yang dalam mesej Whatsapp tu aku
bukan baca, tetapi aku seolah dengar suara CJ7. Aku akan jumpa jalan aku.
Final
kot. Aku ambik time break. Aku tak nak belajar lagi. Nanti-nanti. Dan dalam
hati aku tiba-tiba bertanya, “nanti bila?”
Ahhhhhh.
Ya final. Stop di sini dulu.
1 comment:
Sorry bro. Gurau kasar. Bro, mula-mula aku rasa kau rugi sebab tanak belajar sesuatu dari CJ7. Tapi lama-lama aku sedar untuk rasai dan belajar jadi baik kau kena lalui sendiri. Kau akan jumpa jalan kau sendiri.
Aku buka balik kitab-kitab lama. Aku terjumpa ini. Pesan guru aku. " Seandainya Allah belum memberikan kepada kita kemudahan untuk menyampaikan kebaikan yang sudah kita ketahui, kerana sesuatu (ilmu) yang sudah kita ketahui tidak semua diberi kemudahan/taufik oleh Allah untuk kita sampaikan kepada saudara kita. Maka, jika belum diberi kemudahan, jangan kita tinggal dia, tetapi sentiasa berdoa pada Allah untuk menolong menyampaikan dakwah Rasulullah"..
Post a Comment