Hi
Harith. Ermm, patut aku mula dengan salam kan?
Salam.
Aku
pergi blog kau, dan satu perkataan je patut aku komen kat sini, “salute”.
Barangkali kau sama muda macam aku, atau kau lebih muda. Tapi pemikiran kau, ke
depan. Berapa ramai eh, kawan-kawan kau yang macam ni? Dia orang pernah ke
berbincang serius dengan kau pasal apa yang berlaku kat sekeliling?
Sorry,
banyak pula pertanyaan untuk perkenalan pertama.
Macam
ni, ada benda yang berlaku dalam diri aku. Banyak pertanyaan-pertanyaan tetapi
tak banyak jawapan yang aku dapat. Nak membaca banyak sangat, maklumlah, aku
kan student. Banyak lagi benda lain yang perlu aku buat. Assignments melambak,
kuiz, macam setiap hari jer.
Aku
tahu, aku tahu, apa pun aku nak cakap kat sini, semuanya alasan. Sebab di celah
masa yang aku free pun, bukanlah aku buat benda berfaedah pun, selain
mengelamun, melepak, sembang dengan kawan-kawan, dan main game plus layan FB,
Twitter, Whatsapp juga.
Sebab
apa aku tak membaca, sebab aku belum rasa perlu pun untuk tahu semua benda
waktu sekarang ni. Aku kan muda. Muda kan hanya sekali. Tapi walau pun aku
fikir camtu, dan aku nak ignore semua benda lain, ada rasa yang tak selesai
dalam hati aku ni. Entah kenapa jadi macam tu aku pun tak tahu.
Tahu
apa aku buat? Aku pergi jumpa CJ7. Hahaha. Kadang-kadang aku fikir, CJ7 ni
macam petapa pula. Macam dia boleh bagi aku jawapan semua benda yang aku nak
tahu. Padahal, google kan ada (macam iklan PTPTN pula, PTPTN kan ado). Tapi
jumpa pakcik Google dengan jumpa CJ7 berbeza. Maksud aku, ada interaksi nyata.
Aku boleh tengok muka dia, gaya dia, perubahan wajah dia, semangat dia,
kebijaksanaan dan tindakan dia. Seorang manusia yang sedang menunjukkan contoh
tauladan. Contoh nyata, bukan khayalan macam pakcik Google (jangan fikir lain,
aku tidak pernah ada rasa apa-apa pun kat CJ7, kecuali rasa hormat - tolong
percaya.)
Aku
nak tanya soalan penting untuk aku, tak tahu penting tak untuk kau,
“orang muda
macam aku, perlu apa nak berubah, perlu apa nak jadi seorang pemikir?”
Haha,
aku patut warning semua orang kot, kesan langsung kalau kau jumpa orang-orang
macam CJ7. Walau dia jarang belanja kau makan (nak juga kan), tapi dia akan
selalu belanja kau makan dari makanan intelektual, mental, jiwa, dan spritual.
Itu yang boleh buat kau kenyang lama, dan waktu kau jogging seorang pun, kau
rasa ada teman. Maksud aku, teman berfikir dalam kepala.
Kah
kah kah, aku tahu kau dah mula gelakkan aku.
Sebelum
ini CJ7 bagi dua tajuk buku novel yang perlu dibaca, ditulis oleh Hlovate.
Contengan Jalanan dan satu lagi tajuk buku tu Versus. “Ini novel yang beri
gambaran dan juga dorongan kenapa orang muda yang hipster, trendy dan cool juga
boleh dan perlu berubah. Cerita dari dunia skateboarding dan juga band indie
bawah tanah.”
Terjongket
kening aku dibuatnya. CJ7 pun baca buku indie? Dan dukacita dimaklumkan, sampai
sekarang aku belum baca. Siapa boleh bagitahu aku kat mana boleh dapat
buku-buku ni?
Pesan
lain CJ7, “baca sejarah orang muda, Ali bin Abi Talib, Zaid, Usamah bin Zaid,
Sultan Muhammad Al Fateh, malah boleh je awak baca sejarah Mahatma Gandhi, yang
moden lagi Rachel Corrie.”
Amekaw,
tu la, nak tanya sangat.
Tiba-tiba
sahaja keluar kat mulut aku, “apa salahnya saya belajar dari Dr. CJ7? Dr. kan
relatifnya masih muda?”
“Kalau
awak belajar sendiri, baca sendiri, awak akan menikmati zaman muda awak, light
and easy. Kalau awak belajar dari saya, pembelajaran awak akan dipecutkan
dengan sangat-sangat laju. Nanti awak jadi tua sebelum waktunya. Awak dah sedia
ke?”
“Tapi
Dr. tak tua pun. Dr. nampak seperti orang muda yang bijaksana.” Laju pula mulut
aku beri komen. Jangan salahkan ku, memang aku jenis tergesa-gesa. Jangan fikir
lain, ini bukan ‘mengayat’.
CJ7
tak marah. Juga tak teruja. Terus menyambung, “kesedaran yang awak akan dapat
hasil dari perbincangan seperti ini, akan menyebabkan realiti awak berubah.
Awak dah sedia ke?”
Berapa
kali pula CJ7 ni nak tanya aku soalan yang sama. Mestilah soalan tu penting
kan. Sebenarnya aku dah rasa macam cerita Matrix la plak. Bila Morpheus offer
kat Neo, dua biji pil. Pil biru dan pil merah. Aku rasa benda yang sama.
Seolah-olah CJ7 sedang offer kat aku pil, dan aku kena memilih pil yang mana
satu.
“Realiti
berubah? Saya akan masuk dimensi lain ke?”
CJ7
berdekah. Sopan perempuan Melayunya hilang. Aku jadi macam bodoh sekejap.
Soalan aku pelik sangat?
“Tak
de lah sampai macam tu. Awak ingat saya ada magik ke boleh bawa awak ke dimensi
lain.” CJ7 berhenti sekejap. Aku diam untuk dengar.
“Realiti
berubah maksud saya, awak akan nampak benda-benda lain penting juga. Bukan
setakat pelajaran awak je, kawan-kawan, keluarga, benda yang awak suka seperti
main game dan FB. Awak akan nampak benda-benda lain juga penting. Seperti
perlunya awak melihat masyarakat sekeliling.”
Aku
bertanya polos, “berubah pun ke arah benda baik kan Dr.?”
“Ya.
Sebenarnya awak akan belajar untuk tahu apakah sebenarnya peranan sebagai
seorang manusia hamba.”
“Ada
reward ke?”
“Ada. Jadi manusia baik.” CJ7 senyum. “Tidak semua manusia nak jadi baik.”
“Sebab?”
“Sebab dunia ini majoritinya manusia yang tidak sedar. Maksud saya yang belum sedar peranan dan tanggungjawab mereka kenapa mereka diciptakan dan hidup. Sistem yang kita ada sangat menindas walau macam tak rasa, dan untuk senang mewah cepat, kita tidak boleh sentiasa baik.”
“Jadi, macam rugi juga jadi baik.”
“Rugi di sini, tetapi tidak di sana.”
Senyap.
“Kenapa awak diam?” suara CJ7 lembut di telinga.
“Nampak macam reward dia kureng menarik.” Aku berterus terang.
CJ7
kembali ketawa. Tapi CJ7 tak bersegera menjawab. “Mungkin. Menarik tidak tu
sebenarnya awak yang tentukan. Kalau untuk saya, saya kata menarik. Kerana kita
akan punya hidup yang ‘hidup’ dan tidak ‘mati’ sebelum waktunya.”
Tu
dia eh, dewa dah ayat-ayat CJ7 ni.
“Kalau
awak dah sedia, saya OK je nak berkongsi. Saya pun bukan tahu banyak, tapi kita
boleh saling bertukar pendapat.”
CJ7
bagi aku masa berfikir. Aku nak buat pilihan untuk jadi baik? Hahaha, kelakar
pula dilema aku ni. Jadi baik juga dilema.
Terus
terang aku cakap, aku sebenarnya nak buat keputusan, aku tak nak belajar dengan
CJ7. Aku tak nak realiti aku berubah. Sebab aku masih lagi mahu rasa happy main
Candy Crush dan layan K-pop. Hahaha, macam pompuan. Saja je. Aku masih lagi
mahu happy layan Metallica, Linkin Park, Nirvana, Justin Timberlake (Justin
Bieber sorry beb, jambu sangat). Sorry lah pilihan band aku semua oldies, sebab
dia orang je yang aku rasa memang offer muzik, band baru macam tak boleh masuk.
Aku masih lagi nak layan Harimau Malaya, EPL, Bundesliga, Champions League, La
Liga. Aku nak lentok dengan semua games, semua yang trending. Aku masih nak
layan drama, filem, maharaja lawak, semualah. Fesyen lagi, F1, Nascar, huishh,
banyak lagi ni aku belum senarai. Macamana aku nak cari couple, kalau aku tak cool dan hipster.
Sorrylah, aku mungkin tak belajar kot dengan CJ7.
2 comments:
Kalau drama bersiri (ops!!) Episod last kena buat undian. Belajar atau tanak. Tapi kali ni rasa macam nak kepit-kepit kepala kat ketiak lepas tu luku sedas dua. Boleh?
Setidaknya, penulis ada CJ7 untuk menjawab pelbagai persoalan. Saya? Kebiasaannya persoalan datang dan pergi tanpa jawapan.
Post a Comment