Salam Ramadhan.
Atas sebab-sebab tertentu, The Other Series akan ditulis dalam dwi-bahasa.
7 Ramadhan yang lalu, sangat mengujakan. Rahmat Tuhan yang dilimpahkan dengan mempertemukan kami dengan orang-orang hebat seperti Dr Maszlee Malik (UIA) dan keluarga, Wardina Safiyyah, Sasha Saidin, Xifu Nasir (UIA), J Sze, Joey, Alex dan lebih daripada itu Mrs. Middleton (mummy Shasha Saidin). Tempat pertemuan kami di rumah yang dimuliakan, rumah Dr. Maszlee Malik untuk jamuan iftar. Bukan sekadar jamuan iftar, kami mendapat sepenuh manfaat dari pertemuan singkat tersebut seperti ini:
Iftar + Solat Maghrib berjemaah + Sharing Projects (2 presentations dari TfTN dan Xifu Nasir (projek Abu Talib dan Najasyi) + Solat Isya' dan Terawih berjemaah + berjumpa kenalan baru + sambutan harijadi + sembang realiti semasa.
Untuk saya paling mengujakan adalah bertemu dengan Mrs. Middleton, ibu kepada Sasha dan Zain Saidin (Oh My English). Sudah berusia 66 tahun tetapi penuh pengalaman dan ilmu. Meski sudah berumur, saya masih lihat beliau mempunyai pesona yang memukau kerana tutur bicaranya yang sarat ilmu dan hikmah membuatkan malam iftar 7 Ramadhan panjang walaupun hanya sebentar. Ini yang saya namakan sebagai benturan masa (bending time), masa itu sebenarnya bukan perlu dikira dalam konteks saat, minit dan jam. Masa itu dikira bagaimana kita manfaatkannya. Tuhan akan menjadikannya panjang tanpa kita sedar Dia sedang mempanjangkannya untuk kita.
The Other Series bertujuan untuk membincangkan tentang budaya pemikiran kritis dan ilmu yang bukan menjadi budaya Melayu. Tetapi sudah menjadi trend semasa anak-anak muda yang sudah bosan dibentuk untuk menerima tetapi tidak untuk bertanya. Termasuk artis-artis yang ingin keluar dari stereotype masyarakat yang dilabel kepada mereka. They are more than that, good peoples, hanya kita tidak mengenal di balik tabir mereka.
Mereka ialah kelompok yang berfikir secara kritis, saya sendiri rasa teruja dengan keluasan ilmu dan menawarkan sudut pandang berbeza. Menjadikan kelompok kecil kami malam itu disorot dari pelbagai aspek, tentu menjadikan saya belajar lebih banyak.
Satu persoalan penting yang diajukan malam itu ialah, "kenapa ramai Ustaz dan Ustazah dalam ceramah-ceramah mereka terlalu bersikap menghukum. Seolah-olah mereka mendapat bicara dari Tuhan."
Baik, saya sediakan sedikit latar belakangnya.
Soalan itu diajukan apabila menceritakan tentang kecenderungan Ustaz dan Ustazah dalam program TV atau ceramah yang mengundang audien yang besar terlalu bersikap menghukum. Halal, haram, masuk syurga, masuk neraka. Satu pandangan mengatakan mereka dengan yakin bercerita pada khalayak, sesiapa yang bukan Islam bakal masuk neraka.
Tanpa prejudis saya menerima, tinggal lagi ia perlu penjelasan supaya orang tidak salah faham.
Apa maksud salah faham di sini? Bila kenyataan begitu disebarkan Ustaz dan Ustazah kepada masyarakat, setiap daripada kita akan memandang mereka yang bukan Islam sebagai calon masuk neraka. Tanpa ada sekelumit rasa, mereka juga adalah calon berpotensi untuk mengenal Tuhan yang sebenar dan akhirnya menerima Islam dengan sedar.
Perasaan memandang mereka sebagai calon masuk neraka adalah sangat salah. Apa yang disebut oleh golongan agamawan ini disebut sebagai stigmatization. Impak sangat besar kerana mereka orang berpengaruh, tepat rujukan dan sandaran, orang percaya cakap mereka tanpa soal. Kerosakkan akibat kenyataan yang ringkas ini sangat besar dan tidak membantu orang lain untuk mengenal Islam.
Begitu, begitu yang dirasakan oleh Mrs. Middleton, Sasha, Wardina, J Sze, Joey dan Alex.
Saya terpukul, kerana itu persepsi mereka terhadap kaum yang sama kulit dengan saya. Saya ceritakan kisah perkongsian J Sze di sini (dengan olahan semula):
J Sze bercerita, "sebenarnya saya sangat berminat untuk tahu mengenai Islam. Dari sekolah lagi saya mula bertanya kawan-kawan tentang Islam. Bila saya cuba belajar, kawan-kawan mempunyai satu pandangan yang menyebabkan saya rasa sangat kecil dan kerdil. Pandangan yang sampai sekarang saya ingat dan itu yang membuat saya berhenti untuk tahu mengenai Islam. Sehinggalah saya bertemu Xifu Nasir."
Mrs. Middleton mendengar hal ini memberi respon. "Sebenarnya kawan-kawan awak bukan dengan niat untuk memperkecilkan. Hakikatnya, mereka sendiri tidak tahu tentang Islam, walau mereka Islam. Tetapi tidak mahu dilihat begitu jahil dihadapan awak sebab itu tindakan mereka begitu."
Rakan artis pula menyambung, "J Sze, jangan risau. Pandangan yang awak dapat itu bukan berlaku pada awak sahaja, ia juga berlaku pada kami. Kami juga dipandang dengan pandangan yang sama."
Semasa sesi perkongsian ini, saya ada banyak soalan:
1. Adakah masyarakat Melayu Islam memang begitu perangainya?
2. Adakah benar assumption Mrs. Middleton?
3. Memang Ustaz Ustazah cenderung begitu, tetapi adakah mereka tidak sedar impak yang disebarkan sangat merugikan?
4. Berapa ramai orang bukan Islam di luar sana mahu belajar, tetapi mematikan hasrat mereka hanya kerana layanan yang diterima mereka?
5. Kenapa mereka lebih rajin belajar untuk tahu daripada masyarakat Islam yang sudah selesa? Adakah kita merasa jaminan syurga itu telah ada?
Maafkan saya mempunyai pemikiran seperti ini, tetapi penting untuk saya faham realiti semasa.
Observasi awal dalam perkongsian ini ialah, di Malaysia kita telah menampakkan bahawa Islam itu milik Melayu bukan sebagai agama universal. Bila agama assosiate dengan bangsa, yang akan dikehadapankan ialah semua tingkah laku, sikap, budaya, sosio-ekonomi, mentaliti dan sebagainya. Untuk apa yang ada milik umat Melayu Malaysia masa kini, ia tidak memenangkan Islam dari mana-mana aspek sekalipun.
Turutan berita dari media tabloid yang lebih mementingkan berita sensasi dari mendidik masyarakat, kemudian mengeluar statistiknya yang banyak dari orang Melayu, lagi memburukkan keadaan. Menjadikan mereka yang cenderung untuk menjadi penyampai kebenaran mempunyai dua rintangan:
1. Membaiki persepsi
2. Menyampaikan mesej

Imej, kita ketinggalan dari segi imej dan diburukkan dengan stigmatization. Tetapi punca yang menyebabkan kita tidak dapat berkongsi adalah kerana kita tidak mempunyai ilmu, itu yang Mrs. Middleton rasa.
Saya pernah mengajukan satu soalan crucial kepada kawan saya yang dalam pengajian agama. Sekian banyak suruhan agama dalam Al Quran yang kemudian membawa kepada pertimbangan dosa dan pahala. Tetapi kenapa sikap kita berbeza terhadap seruan Al Quran dan wahyu pertama yang diterima Nabi iaitu, "Bacalah! dengan nama Tuhanmu yang menjadikan."
Saya tidak pernah mendengar hukum dosa dan pahala untuk perintah Baca ini. Dan saya percaya bahawa perintah ini bukan setakat perlu difahami secara literal (setakat membaca sahaja), tetapi dengan maksud dengan pemikiran kritis dan aktif. Bukan setakat baca teks, tetapi juga alam dan sejarah. Apa-apa sahaja yang boleh difahamkan dengan aktiviti intelektual.
Dengan maksud, Al Quran adalah kitab yang menyeru untuk menggunakan secara maksimum penggunaan akal, dengan panduan Tuhan. Kerana itu setiap kali pun kita membaca perlu diiringi dengan nama Tuhan yang menjadikan.
Bagaimana boleh mengubah stigmatization? Kerosakkan telah banyak dibuat, ramai orang telah berkecil hati. Mereka merasakan bagaimana mereka boleh direndahkan sebegitu rupa sedangkan yang memilik hari pengadilan nanti hanya Tuhan Penguasa sekalian alam (Alhamdulillahi rabbil a'lamin).
Saya menyeru diri saya yang pertama, iaitu menjiwai seruan baca ini sehingga crystallize dalam roh. InsyaAllah. Saya juga mengajak kawan-kawan dan pembaca yang dihormati juga, memulakan langkah yang sama.
Buang stigmatization. Sepertimana saya juga mempunyai sikap yang sama, tontonlah YouTube bahawa dunia ini luas. Tidak terhad dengan apa yang ada di sekeliling kita sahaja. Tontoni J Sze dan pengalaman berpuasa seperti link.
Moreh kami sangat klasik. Berkeliling dengan makanan ringkas seperti kuih muih iftar, buah mata kucing dan air teh. Mrs. Middleton tidak minum teh, dia hanya minum air kosong. Kami berbincang banyak perkara, tentang harapan, negara UK, budaya Malaysia, realiti masyarakat. Masing-masing tidak kekok untuk menyampaikan idea dan menceritakan pengalaman. Dan saya terlongo dengan jiwa kebajikan Mrs. Middleton dan betapa seriusnya beliau dengan agama Islam, meski dia berasal dari agama Kristian.
Saya diberi nikmat dapat mengucup kedua belah pipi Mrs. Middleton. Momen ini menjadi pesanan berharga untuk saya. Jika sudah mencapai umur lanjut, saya harap dapat menjadi wanita pesona yang penuh ilmu dan pengalaman. Dan mengharapkan keamanan pada diri, masyarakat dan dunia seluruhnya.

8 comments:
Saya suka Oh My English.
Suami saya juga.
Anak saya berusia hampir 3 tahun juga :-)
Maaf lewat sedikit memberikan komen walaupun sudah membacanya lama.
Saya pernah komen tentang perkara ini dalam FB, masyarakat kita (baca: generasi yang belajar di Malaysia) tidak bersedia dengan perkara-perkara di luar kebiasaan. Cara didikan di sekolah atau kolej adalah menerima sahaja, sukar atau jarang pelajar diberikan peluang bersuara bertanya sedangkan Rasulullah SAW sudah memberitahu kunci ilmu adalah bertanya.
Teringat kisah sahabat saya di sebuah sekolah menengah harian bertanyakan soalan tentang sejarah kepada cikgu sejarah:
Cikgu, dalam buku sejarah bercerita tentang Fakta A adalah begini. Tetapi tulisan ilmiah yang tersiar di dalam buku XXX dan majalah XXX mengatakan sebenarnya peristiwa tersebut adalah Fakta B, bukan Fakta A. Jadi yang mana satu betul cikgu?
Cikgu menjawab, sebenarnya ikutkan Fakta B lebih tepat.
Kawan saya bertanya, jadi cikgu di dalam peperiksaan bolehkah kita memberitahu tentang Fakta yang betul, iaitu Fakta B? walaupun silibus lain dari format peperiksaan ..??
CIkgu menjawab: Untuk pengetahuan, gunakanlah fakta B. Untuk periksa gunakanlah fakta A.
Kawan saya bertanya: Jadi, untuk apa kita belajar perkara yang salah dan menjawab perkara yang salah tetapi menyembunyikan perkara yang betul? Jadi apa perlu belajar sejarah?
Kami di tingkatan 2 waktu itu. Peperiksaan untuk PMR. Sahabat saya menjawab soalan akhir peperiksaan sekolah dengan kedua2 jawapan sebab tidak tahu mahu menulis yang salah utk markah atau serba salah meninggalkan yang benar kerana markah.
itu pelajar di tengah bandar kuala lumpur, yang terbiasa bersuara dan bertanya. kalau di tempat lain? kawasan pedalaman? kawasan yang jauh? Allahu'alam.
Moralnya apa?
- Kita sudah didik anak2 kita secara tak sedar tentang nilai2 moral yang rapuh.
- Menyembunyikan yang haq, demi utk material (markah).
- Menerima apa sahaja (skema peperiksaan) tanpa boleh berkata ini salah, ini zalim, ini boleh dipertimbangkan untuk markah (material/sistem keadilan).
- meminggirkan inovasi dan semangat mencari/berkongsi dengan tidak menerima atau menghargai pengetahuan baru yang ada (sindrom kami-lebih-tahu-dari-kamu , perlu ikut skema markah.. ianya adalah ya dan tidak sahaja)
- pecah dan kumpul? (agama kami, kami sahaja. agama kamu, kamu sahaja.) Bab ini buat saya ingat kelas moral ada bercakap tentang hukum halal haram makanan, ustaz kami diarah mengajar kelas tersebut. tetapi kelas itu hanyalah dihadiri org bukan islam, bukan bersama2 pelajar islam. saya bertanya kepada pelajar bukan islam apa yang dia faham berdasarkan nota2 di papan hitam kelas, ternyata dia sgt keliru..huhuuh
oh sorry ya.. terpanjang macam tulis blog plak hahaha.. anyway ada satu lagi kisah sahabat saya pulak, bila dia bertanya cikgu tentang cerita yang diketahuinya adalah berbeza dari dlm buku, apa jawapan cikgu?
1. Hai awak ni.. awak cikgu atau saya cikgu?
2. Nak dapat periksa bagus? Ikut je cakap saya, takyah tanya macam2.
dlm kes ini saya rasa Alhamdulillah cikgu saya sekurang2nya ada timbang rasa untuk memberitahu dengan baiknya.. terima kasih cikgu!!
oo sista.. lastly, happy belated birthday :-)
Terima kasih atas ulasan yang mengujakan ini. Kena respon nampaknya. Jadinya kita boleh rumuskan, kegagalan pelajar menggunakan potensi pemikiran kritis, adalah kerana bentuk dan acuan yang diterima di sekolah? (Bagi kes yang belajar di Malaysia.)
Untuk rekod, kita tidak dibenarkan menyoal bukan sahaja berlaku di sekolah, juga berlaku dalam kelompok intelektual elit yang memegang kepada konsep feudalisme ilmu. Bukan yang menggalak kepada original ideas / thinking.
Bagi orang yang dapat lari dari kepompong ini, rata-rata saya lihat secara generalnya boleh dirumuskan seperti berikut:
1. Mereka yang banyak membaca
2. Mereka yang menjadikan bahan bacaan mereka sebagai sesuatu yang aktif dengan maksud perlu dibincang, dieksperimen, dialami sendiri, ditulis, etc.
2. Mereka yang mencari sendiri pengalaman dan ilmu di luar sistem secara sukarela (bukan atas desakan ibu bapa)
3. Mereka yang mempunyai kawan-kawan yang berfikir di luar kotak
4. Mereka yang percaya perlu berbuat sesuatu untuk dikembalikan kepada masyarakat dengan kreativiti sendiri, bukan ditentukan oleh orang lain.
In nutshell, mudah sahaja. Semua ini perlu kepada satu perkara: anjakan pemikiran.
Ini memerlukan masyarakat yang membudayakan: aktiviti intelektual yang positif
or can we suggest as: revolution?
haha. always something that 'pop' inside my head if Eika is arround.
owh thank you for the wishes :)
(malu le pulak)
hahah revolusi/revolution? mcm transformasi/transformation? harap2 tak termasuk dlm golongan yg jadi transformer kekeke
takdelah, ada dua cara.. samada kita larat atau tidak.. makro atau mikro.. makro meliputi ramai org- anjakan yg lebih luas dan menyeluruh..tapi perlukan masa, tenaga dan usaha yg bukan sikit2..
mikro bermula dgn diri sendiri.. macam TFTN, mungkin salah satu platform untuk lari dari kebiasaan kelas.. satu platform utk anak2 bertanya dan cikgu menjawab.. atau cikgu bertanya santai, dan anak2 boleh bersuara semula.. ini mmg perlukan hati yg tulus, jiwa yang besar.. cara begini boleh buat juga secara pelan2 dgn org sekeliling, walaupun di kalangan dewasa susah juga nak lentur tapi bolehlah ada improvement sikit2 walau hanya 5%-10%..
satu lagi kekurangan kita ialah belajar teknik mengkritik/memberi pendapat dan menerima kritikan/pendapat yang betul.. analisa dan soal jawab adalah dalam konteks objektif bukan emosi atau personel (org/peribadi). kalau emosi dan personal disentuh, maka yg jadi adalah kutukan dan cacian.. itulah yg asyik jadi di kalangan remaja kita.. "kritikan" kita di merata2 medium sekarang adalah cacian/makian/hamunan /kutukan.
cumanya, peringatan utk diri saya sendiri juga la.. nanti2 satu hari seorg yg lebih muda dtg memberitahu saya sesuatu yg baru yg caranya mungkin mengguris ego saya kerana 'tidak tahu' atau 'bukan kebiasaan'..saya harus bersedia la masa itu utk belajar dr yg kecil, kan.. harus bersedia utk dgr pendapat mereka.. walaupun saya kira sudah ada pangkat/darjat tersendiri.. harap2 masa itu saya punya hati yang tulus dan jiwa yang besar juga :-) inshaAllah.
yeah, saya juga kalah untuk mempunyai jiwa yang besar.
Haha, jiwa yang besar pun kena ada tempatnya juga. Dan realistik.
Tapi saya suka jiwa yang besar, kemudian kita gantungkan harapan pada Allah berdoa dan usaha, tawakal dan buat sehabis baik, jangan putus harap. Keajaiban boleh berlaku!
Post a Comment