tag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post3430703785067928260..comments2023-10-09T16:52:59.682+08:00Comments on Silent Speaks: The Other - StigmatizationASaLhttp://www.blogger.com/profile/00148298850330655887noreply@blogger.comBlogger8125tag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post-26541931232663931162012-08-08T17:08:13.533+08:002012-08-08T17:08:13.533+08:00yeah, saya juga kalah untuk mempunyai jiwa yang be...yeah, saya juga kalah untuk mempunyai jiwa yang besar.

Haha, jiwa yang besar pun kena ada tempatnya juga. Dan realistik.

Tapi saya suka jiwa yang besar, kemudian kita gantungkan harapan pada Allah berdoa dan usaha, tawakal dan buat sehabis baik, jangan putus harap. Keajaiban boleh berlaku!ASaLhttps://www.blogger.com/profile/00148298850330655887noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post-62997244897267223812012-08-08T11:57:53.417+08:002012-08-08T11:57:53.417+08:00hahah revolusi/revolution? mcm transformasi/transf...hahah revolusi/revolution? mcm transformasi/transformation? harap2 tak termasuk dlm golongan yg jadi transformer kekeke

takdelah, ada dua cara.. samada kita larat atau tidak.. makro atau mikro.. makro meliputi ramai org- anjakan yg lebih luas dan menyeluruh..tapi perlukan masa, tenaga dan usaha yg bukan sikit2..

mikro bermula dgn diri sendiri.. macam TFTN, mungkin salah satu platform untuk lari dari kebiasaan kelas.. satu platform utk anak2 bertanya dan cikgu menjawab.. atau cikgu bertanya santai, dan anak2 boleh bersuara semula.. ini mmg perlukan hati yg tulus, jiwa yang besar.. cara begini boleh buat juga secara pelan2 dgn org sekeliling, walaupun di kalangan dewasa susah juga nak lentur tapi bolehlah ada improvement sikit2 walau hanya 5%-10%..

satu lagi kekurangan kita ialah belajar teknik mengkritik/memberi pendapat dan menerima kritikan/pendapat yang betul.. analisa dan soal jawab adalah dalam konteks objektif bukan emosi atau personel (org/peribadi). kalau emosi dan personal disentuh, maka yg jadi adalah kutukan dan cacian.. itulah yg asyik jadi di kalangan remaja kita.. "kritikan" kita di merata2 medium sekarang adalah cacian/makian/hamunan /kutukan.

cumanya, peringatan utk diri saya sendiri juga la.. nanti2 satu hari seorg yg lebih muda dtg memberitahu saya sesuatu yg baru yg caranya mungkin mengguris ego saya kerana 'tidak tahu' atau 'bukan kebiasaan'..saya harus bersedia la masa itu utk belajar dr yg kecil, kan.. harus bersedia utk dgr pendapat mereka.. walaupun saya kira sudah ada pangkat/darjat tersendiri.. harap2 masa itu saya punya hati yang tulus dan jiwa yang besar juga :-) inshaAllah.iekahttps://www.blogger.com/profile/05026865953429743138noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post-31555346152334943432012-08-08T11:57:14.055+08:002012-08-08T11:57:14.055+08:00This comment has been removed by the author.iekahttps://www.blogger.com/profile/05026865953429743138noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post-2263450978718915852012-08-06T10:51:07.781+08:002012-08-06T10:51:07.781+08:00owh thank you for the wishes :)
(malu le pulak)owh thank you for the wishes :)
(malu le pulak)ASaLhttps://www.blogger.com/profile/00148298850330655887noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post-89600034029297445332012-08-06T10:47:09.158+08:002012-08-06T10:47:09.158+08:00Terima kasih atas ulasan yang mengujakan ini. Kena...Terima kasih atas ulasan yang mengujakan ini. Kena respon nampaknya. Jadinya kita boleh rumuskan, kegagalan pelajar menggunakan potensi pemikiran kritis, adalah kerana bentuk dan acuan yang diterima di sekolah? (Bagi kes yang belajar di Malaysia.)

Untuk rekod, kita tidak dibenarkan menyoal bukan sahaja berlaku di sekolah, juga berlaku dalam kelompok intelektual elit yang memegang kepada konsep feudalisme ilmu. Bukan yang menggalak kepada original ideas / thinking.

Bagi orang yang dapat lari dari kepompong ini, rata-rata saya lihat secara generalnya boleh dirumuskan seperti berikut:

1. Mereka yang banyak membaca
2. Mereka yang menjadikan bahan bacaan mereka sebagai sesuatu yang aktif dengan maksud perlu dibincang, dieksperimen, dialami sendiri, ditulis, etc.
2. Mereka yang mencari sendiri pengalaman dan ilmu di luar sistem secara sukarela (bukan atas desakan ibu bapa)
3. Mereka yang mempunyai kawan-kawan yang berfikir di luar kotak
4. Mereka yang percaya perlu berbuat sesuatu untuk dikembalikan kepada masyarakat dengan kreativiti sendiri, bukan ditentukan oleh orang lain.

In nutshell, mudah sahaja. Semua ini perlu kepada satu perkara: anjakan pemikiran.

Ini memerlukan masyarakat yang membudayakan: aktiviti intelektual yang positif

or can we suggest as: revolution?

haha. always something that 'pop' inside my head if Eika is arround.ASaLhttps://www.blogger.com/profile/00148298850330655887noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post-57019940224918116752012-08-05T11:21:22.730+08:002012-08-05T11:21:22.730+08:00oo sista.. lastly, happy belated birthday :-)oo sista.. lastly, happy belated birthday :-)iekahttps://www.blogger.com/profile/05026865953429743138noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post-8885193580729959052012-08-05T11:20:15.435+08:002012-08-05T11:20:15.435+08:00oh sorry ya.. terpanjang macam tulis blog plak hah...oh sorry ya.. terpanjang macam tulis blog plak hahaha.. anyway ada satu lagi kisah sahabat saya pulak, bila dia bertanya cikgu tentang cerita yang diketahuinya adalah berbeza dari dlm buku, apa jawapan cikgu?

1. Hai awak ni.. awak cikgu atau saya cikgu?

2. Nak dapat periksa bagus? Ikut je cakap saya, takyah tanya macam2.

dlm kes ini saya rasa Alhamdulillah cikgu saya sekurang2nya ada timbang rasa untuk memberitahu dengan baiknya.. terima kasih cikgu!!iekahttps://www.blogger.com/profile/05026865953429743138noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-500689026482480858.post-7253486596902750352012-08-05T11:17:48.342+08:002012-08-05T11:17:48.342+08:00Saya suka Oh My English.
Suami saya juga.
Anak say...Saya suka Oh My English.
Suami saya juga.
Anak saya berusia hampir 3 tahun juga :-)

Maaf lewat sedikit memberikan komen walaupun sudah membacanya lama.

Saya pernah komen tentang perkara ini dalam FB, masyarakat kita (baca: generasi yang belajar di Malaysia) tidak bersedia dengan perkara-perkara di luar kebiasaan. Cara didikan di sekolah atau kolej adalah menerima sahaja, sukar atau jarang pelajar diberikan peluang bersuara bertanya sedangkan Rasulullah SAW sudah memberitahu kunci ilmu adalah bertanya.

Teringat kisah sahabat saya di sebuah sekolah menengah harian bertanyakan soalan tentang sejarah kepada cikgu sejarah:

Cikgu, dalam buku sejarah bercerita tentang Fakta A adalah begini. Tetapi tulisan ilmiah yang tersiar di dalam buku XXX dan majalah XXX mengatakan sebenarnya peristiwa tersebut adalah Fakta B, bukan Fakta A. Jadi yang mana satu betul cikgu?

Cikgu menjawab, sebenarnya ikutkan Fakta B lebih tepat.

Kawan saya bertanya, jadi cikgu di dalam peperiksaan bolehkah kita memberitahu tentang Fakta yang betul, iaitu Fakta B? walaupun silibus lain dari format peperiksaan ..??

CIkgu menjawab: Untuk pengetahuan, gunakanlah fakta B. Untuk periksa gunakanlah fakta A.

Kawan saya bertanya: Jadi, untuk apa kita belajar perkara yang salah dan menjawab perkara yang salah tetapi menyembunyikan perkara yang betul? Jadi apa perlu belajar sejarah?

Kami di tingkatan 2 waktu itu. Peperiksaan untuk PMR. Sahabat saya menjawab soalan akhir peperiksaan sekolah dengan kedua2 jawapan sebab tidak tahu mahu menulis yang salah utk markah atau serba salah meninggalkan yang benar kerana markah.

itu pelajar di tengah bandar kuala lumpur, yang terbiasa bersuara dan bertanya. kalau di tempat lain? kawasan pedalaman? kawasan yang jauh? Allahu'alam.

Moralnya apa?
- Kita sudah didik anak2 kita secara tak sedar tentang nilai2 moral yang rapuh.

- Menyembunyikan yang haq, demi utk material (markah).

- Menerima apa sahaja (skema peperiksaan) tanpa boleh berkata ini salah, ini zalim, ini boleh dipertimbangkan untuk markah (material/sistem keadilan).

- meminggirkan inovasi dan semangat mencari/berkongsi dengan tidak menerima atau menghargai pengetahuan baru yang ada (sindrom kami-lebih-tahu-dari-kamu , perlu ikut skema markah.. ianya adalah ya dan tidak sahaja)

- pecah dan kumpul? (agama kami, kami sahaja. agama kamu, kamu sahaja.) Bab ini buat saya ingat kelas moral ada bercakap tentang hukum halal haram makanan, ustaz kami diarah mengajar kelas tersebut. tetapi kelas itu hanyalah dihadiri org bukan islam, bukan bersama2 pelajar islam. saya bertanya kepada pelajar bukan islam apa yang dia faham berdasarkan nota2 di papan hitam kelas, ternyata dia sgt keliru..huhuuhiekahttps://www.blogger.com/profile/05026865953429743138noreply@blogger.com