Thursday, October 16, 2008

Imitate

Kawan saya imitate apa yg Dr Masaru Emoto buat. Dr Emoto membuat eksperimen terhadap air. Dia melihat perubahan kristal air apabila air dibacakan ayat-ayat positif. Juga air yang dibacakan ayat negatif dan tidak membina. Dr Emoto menjumpai, bagi air yang secara konsisten dibacakan ayat-ayat positif sifatnya seperti, saya sayang kamu, kamu baik, dsb, kristal air akan terbentuk cantik. Tetapi bagi air yang diberi ayat bersifat tidak membina dan ayat-ayat yang jelik, kristal yang terbentuk adalah sangat huduh.

Kawan saya membuat eksperimen pada nasi. Satu balang nasi diletakkan di satu tempat dan disebut ayat-ayat positif. Satu balang lagi dibacakan ayat-ayat negatif. Dia melakukan eksperimen bersifat domestik (tidak melibatkan peralatan makmal yang canggih) ini setiap hari.

Hasilnya, balang yang dibacakan ayat-ayat yang positif tidak busuk dan kelihatan sangat bersih.

Yang satu lagi membusuk dan terdapat kulat dipermukaan.

Hairan, hanya dengan kata-kata, ia memberi perubahan yang begitu ketara.

Itu pada air dan nasi.

Kata orang, kata-kata akan bergema dan kekal dalam keabadian.

Saya seharusnya menjaga kata-kata yang keluar dari mulut saya bukan?

6 comments:

Money Talks said...

Great BLOG! Please visit mine below and check the links! THANKS SO MUCH!

The Coming Depression and How To Make Money From It!

pokmudo said...
This comment has been removed by the author.
cikli said...

dulu nak marah macam manapun mak selalu sebut....budok bertuah nih...

memang ada kesan walaupun bukan dalam cabutan bertuah.

ASaL said...

betul2, mak sy plak slalu kata, bertuah punya budak. Dan lately, sy mmg slalu agak bertuah dlm cabutan bertuah. :) Nampakny falsafah dn amalan org dulu2 kena gali balik.

FAKHZAN MARWAN said...

Ya Allah!!!

Siapakah kawan anda itu?

pokmudo said...

Sesungguhnya, jalan ke syurga penuh dugaan yang dahsyat seperti 'Titian Sirat'. Ini perlu pada kesabaran...Jadi, sabar tu penapis kata-kata...