Tuesday, August 19, 2008

It all about LOVE – Wall E and EVE

Seorang pujangga bijak pernah menulis ‘Cinta, seperti orang kecanduan Tuhan, mendamba memohon sungguh-sungguh agar perhatian diberi meski sekelumit cuma jika tidak dibalaskan cinta, tetapi, tidak pernah akan sekalipun berputus asa’. Owh, itu cinta manusia, bagaimana pula cinta robot?
Pernah dengar nama Wall E? Jika tidak, tentu tidak juga mengenal siapa pula Eve. Buah tangan rangkaian filem-filem 3D Walt Disney – Pixar yang terbaru, adalah kembara cinta si robot polos usang yang ketinggalan zaman mencari cinta. Cinta Wall E yang pertama, Eve, si robot penjejak tanaman yang ganas, sangat kurang sifat feminin tetapi cukup membuat Wall E jatuh cinta pandang pertama. Apa yang boleh sebuah robot lakukan demi cinta? Wah, sungguh keterlaluan cerita ini, kerana Wall E sanggup lakukan segala-galanya. Jika tidak pernah tengok robot gila yang bertindak luar dari apa yang diprogramkan, Wall E adalah si gila yang menyingkirkan negeri robot berakal kerana cinta pada Eve. Cinta telah menjungkar balik aturcara program Wall E. Kalau dalam dunia manusia kita ada Romeo dan Juliet, Zainuddin dan Haryati, Uda dan Dara, Laila dan Majunun, di dunia robot kita ada Wall E dan Eve.
Kembara Wall E hebat, sehingga belayar di galaksi nan indah. Sekiranya ketika melihat aturan kosmos yang berwarna indah, gugusan bintang tersusun seperti lukisan, ketulusan Wall E, anda sedang ingat seseorang, itu maknanya anda sangat suka orang itu bukan?
Mungkin jika Wall E ada suara dia akan berkata begini, “Engkau tidak cinta, maka kau tidak tahu, kegilaan ada di bumi, malah diseluruh alam semesta!”
Segalanya kerana cinta. Tapi Wall E memberikan lebih dari itu. Dari segi kemanusiaan, isu alam sekitar yang diangkat. Siapa tahu, satu hari dunia akan menjadi begitu bahaya untuk didiami? Banyak lapis makna yang boleh dibincangkan dalam cerita Wall E, tapi diaspora cinta Wall E begitu mengusik emosi. Tahniah kepada pengarah, dalam menterjemah cinta robot dalam dunia bisu tanpa perkataan, ia tetap ada elemen yang kekal diingatan.
Tidak mahu cerita banyak, kerana kembara Wall E sangat mengkagumkan jika mengalaminya sendiri.
Wall E membuat saya terfikir dalam, kenapa kita selalu meminta orang menjadi seperti yang kita inginkan, bukankah manusia itu istimewa dalam keunikan binaan karakter yang ada dalam dirinya. Kerana itu, dunia ini jadi lebih indah!

p/s: siapa yang akan begitu bermurah hati membelikan saya replika Wall E?

3 comments:

ieka said...

alamak..bila baca ni terasa nak tgk plak Wall E.. hahahah

Anonymous said...

Salam,

Andros suggested to watch Wall E, but true to my nature again, i hate ugly things, and for me, Wall E is a little bit ugly.

But when I read your writting, and the reviews from critics and consumers, as high as Wall E will be one of the most romantic movies ever, I regret my stupid intuition!

I should go and watch it. But my hearing isnt good, I need the subtitle, English, to really enjoy any movies. Hahahahha, what a weird thing to write!

But bruneians here are the same as you, have fallen in love with EVE!

ASaL said...

don't get me wrong, i watched walle after the clone wars. both from the famous studios. the first from disney-pixar and the latter from lucas studio. What make a good movie? To me, how much you can introduce advanced technology in a movie, at the end the story that can touch human will win an audience prize. The rememberance!
I choose Wall E.
Why, it is cute and somehow i understand what Wall E feels. :p