Wah, rasa terpanggil untuk menulis, terima kasih Mr Hasbullah sebab menganjurkan pertandingan untuk bloggers.
Emas dan manusia, sejarahnya sudah lama. Jika dikembalikan emas sebagai matawang, ia mungkin matawang paling stabil pernah dikenal manusia. Sebagai seorang muslim saya percaya ia mempunyai nilai-nilai ruhaniah dan mendapat perhatian langsung dari langit. Yeah, tentu orang bertanya, apa kaitannya emas sebagai matawang dengan tajuk dari Mr Hasbullah? Nanti saya cerita.
Sebelum itu, saya setuju sangat-sangat bersetuju wang KWSP boleh dikeluarkan untuk membeli emas. Saranan ini patut tidak mendapat tentangan kerana wang yang dibeli untuk membeli emas ia akan kekal sebagai simpanan oleh pencarum, cuma bentuknya sahaja berbeza. Mungkin mekanisme yang sistematik perlu dirangka supaya wang yang dikeluarkan tidak dibelanjakan ke arah lain. Pengeluar emas, sama ada dalam bentuk syiling emas atau jongkong mungkin boleh mencetak nombor siri khusus, seperti matawang kertas yang kita gunakan hari ini. Emas-emas ini kemudiannya boleh disimpan di dalam peti simpanan (vault khusus) dalam bank. Penebusan emas boleh dibuat sama seperti yang dibuat oleh KWSP selama ini, ketika sudah sampai umur pencen. Samada mengeluarkan wang dari akaun 2 untuk membeli emas, atau akaun 1 disimpan dengan bentuk simpanan syiling atau jongkong emas.
Apa isunya? Sebenarnya, wang kertas adalah bentuk urus niaga yang sangat tidak konsisten. Kerana itu kita dapati manusia yang bijak ekonomi memunggah kemewahan dengan manupulasi matawang. Kata orang berniaga atas angin. Sebab apa? Sebab wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsic. Wang kertas itu sendiri tidak mempunyai nilai, macamana ye nak cerita. Katalah kita berperang sekarang, dan ditakluk oleh negara lain, wang kertas itu akan jadi seperti kertas tisu yang boleh dibuat untuk membersih kotoran.
OK, apa perkaitannya dengan pengeluaran duit KWSP untuk membeli emas? Berbanding matawang kertas dengan emas, emas ada nilai intrinsic dan tidak akan susut nilai. Perang macamana sekalipun, jika kita masih punya emas, kita masih dapat melakukan transaksi untuk survival. Biar emas yang kita beli dari duit KWSP tersebut dalam bentuk syiling emas, jongkong atau apa sahaja, asal namanya emas, InsyaAllah kita masih lagi boleh selamat. Dan lagi, emas, rekod sejarah mencatat nilainya semakin tinggi berbanding masa. Pada tahun 1980, harga emas US$850 se aun, dan sekarang mencatat sehingga US$3000 se aun (Hosein, 2007). Graf yang ditunjukkan di bawah adalah yang dicatat dari tahun 90-an ke tahun 2008 maklumat diambil dari laman ini.
Jika saya komen lebih panjang mengenai ini, ia akan menjadi begitu panjang. Namun saya percaya, dengan adanya simpanan berbentuk emas, fikiran akan jadi lebih tenang kerana simpanan kita tidak tertakluk dengan dagangan matawang di pasaran. Seperti satu masa dahulu, kemelesetan ekonomi dikaitkan dengan peniaga matawang George Soros. Kesannya begitu menakutkan, iaitu melumpuhkan ekonomi negara dan menyebabkan mereka terpaksa mencari sumber kewangan dengan meminjam lebih banyak.
Cadangan ini perlu disegerakan (mengeluarkan duit KWSP untuk membeli emas), dengan merujuk kepada satu hadith Rasulullah, (minta izin guna Bahasa Inggeris)
Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Mesengger of Allah say: “A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing (left) that will be of use (or benefit) save a Dinar (i.e., a gold coin) and a Dirham (i.e., silver coin)”.
‘A time’ yang disebutkan di dalam hadith, akan sampai juga kepada kita kerana kesan inflasi yang semakin tinggi sekarang ini. Kita juga mengharapkan agar jangan sampai jadi seperti negara Zimbabwe yang inflasinya terlalu tinggi sehingga menyebabkan matawang (wang kertas) hampir tidak mempunyai nilai meski dicetak dengan nilai billion.
Jadi apa perlunya mengeluarkan duit KWSP untuk membeli emas? Kalau saya, ianya hampir mustahil untuk saya menggunakan duit bulanan untuk membeli emas, sungguh, secara terus terang saya tidak mampu. Tetapi jika duit yang dicarum setiap bulan di KWSP digunakan untuk beli emas, itu sungguh praktikal dan sama sekali tidak akan membebankan kepada pekerja marhain seperti saya.
Untuk menganjurkan satu pemikiran lebih dalam, saya bawakan cerita Pemuda Gua (Ashabul Kahf) tentang bagaimana emas atau perak, tidak akan susut nilai dan menjamin survival kehidupan merentasi masa. (Izin sekali lagi dalam Bahasa Inggeris :))Pemuda Gua sudah tertidur selama 300 tahun (ikut tahun lunar 309 tahun), dan bila bangun dari tidur masing-masing berasa sangat lapar. Lalu seorang wakil pergi ke pasar bersama wang dirham (Wariq) untuk dibelanjakan membeli makanan. Pekedai merasa sangat terkejut menerima wang tersebut kerana dia menyangka itu adalah hasil jumpaan harta karun (kerana nilainya 300 tahun selepas itu sangat tinggi). Baik emas atau perak, ia tidak mempunyai susut nilai berbanding masa, malah lebih tinggi nilainya.
Hosein, I.M. (2007). The Gold Dinar and SilverDirham. Islam and the Future of Money. Masjid Jami'ah City of San Fernando, Trinidad and Tobago.
3 comments:
I love how you convey your thoughts n idea intellectually n yet joyful to read.1 vote 4 u!
Thank you.. :)
Tahniah kerana karangan ini memengangi hadiah ke =2
Post a Comment