Sunday, June 8, 2008

Semasa

Jika tengok dan perhatikan kepada laporan berita mutakhir, adalah siri kenaikan harga barang yang melonjak naik sehingga 30% dari harga sebelum minyak mencecah RM2.70. Terkini, cili merah RM8/kg menjadi sehingga RM11/kg. Ayam RM7/kg sebelum ini dalam lingkungan RM5-6 sahaja. Sayur-sayuran dan lain-lain lagi.
Ok bagaimana logiknya? Dengan kenaikkan harga minyak, harga pengangkutan akan naik juga. Kerana pengangkutan memerlukan bahan bakar, dan bahan bakarnya adalah minyak. Bagi penduduk di KL dan bandar-bandar besar, risiko untuk kehabisan keperluan makanan sehari-hari mungkin sedikit berbanding dengan mereka yang berada di luar bandar.
Ketika minyak diumumkan naik, kami berada di Kuantan. Dan perjalanan Kuantan ke Jengka adalah melalui kawasan-kawasan kampung dan pedalaman (baca: jauh dari bandar). Kami singgah di stesen minyak guna untuk kes-kes kecemasan (baca: hajat kecil dan besar), dan didapati stesen tersebut telah menaikkan notis minyak telah habis. Saya membayangkan bagaimana orang kampung ini akan menghadapi kesusahan ini.
Jadi adakah kita perlu berlapang dada? Nak tak nak, ini adalah tindakan yang perlu. Berlapang dada, tapi sampai bila. Sejarah tidak pernah pun mencatat, harga minyak pernah turun. Tidak pernah di negara kita ini. Tapi tidak di negara-negara pengeluar yang lain. Aduhai!
Rupa-rupanya, sewaktu harga minyak RM1.92 dulu, ketika adik saya di tahun akhir dan tidak lagi dibenar duduk di hostel, dia cuma dapat makan sekali sehari. Itu pun dia tunggu lewat petang agar tidak terlalu lapar esok hari. Aduhai adik! Dan dia tegar untuk tidak bercerita sehinggalah tamat pengajian. Ini bukan cerita terpencil, dan kawan-kawannya juga mengalami nasib yang sama. Mereka ini adalah pejuang-pejuang fi sabilillah, yang belajar untuk maslahat masa depan demi agama, negara dan bangsa. Patutlah, adik-adik saya yang ramai itu begitu stress wajah dan makin hari makin kurus di waktu mereka di tahun akhir. Aduhai!
Jadi bagaimana kita ini ya? Barangkali ini adalah waktu paling bagus untuk munasabah, untuk sebutir nasi yang dihasilkan petani, adalah titik keringat yang dizalimi. Untuk setitis peluh menitis dari petani dan nelayan, adalah derita yang tidak pernah dipedulikan. Aduhai!

3 comments:

Anonymous said...

Salam Sahabat Yang Dimuliakan,

Ada manusia disini yang menyokong tindakan kerajaan menaikkan harga minyak, kerana berpendapat harga kita sudah murah berbanding negara2 jiran, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan sangat membebankan kerajaan, lebih baik menjual diluar negara demi mendapat untung dan keuntungan boleh untuk PEMBANGUNAN.

Dan saya rasa mahu lempang-lempang mereka pada masa itu! Tetapi, akhlak seorang perempuan yang telah dipanggil dua kali oleh Tuhan bukan begitu kan..kan kan...

ASaL said...

sis,
saya memang tidak begitu pandai dalam ekonomi, jadi sandaran saya pada kamu. lebih-lebih lagi ekonomi Islam. Ingat lagi daku menyarankanmu membaca sebuah buku ekonomi Islam tetapi sampai sekarang saya masih tidak jumpa ia dimana2. Paling dekat mengenai keilmuan pengurusan harta galian (cth:emas, bijih, petroleum, etc)dalam Islam, boleh digali ilmunya dalam cerpen Bulan Mengambang di Langit KL. Tapi tidak bersama saya sekarang ini deh. Harapan saya bersama kamu, kerana sy tidak begitu pandai ekonomi. Sy cuma belajar Ekonomi Kejuruteraan sj, yg begitu surface sifatnya.

Aderi Aryasu said...

Inflasi Sifar