Tuesday, December 9, 2008

Happy Feet dan Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Happy Feet, perjalanan hidup anak penguin malang ini tidak se'happy' namanya. Saya sudah menonton cerita ini lama sudah, tapi mengulanginya beberapa kali dalam minggu ini. Dulu, saya tidak menganggap cerita ini wajib tonton, tetapi setelah kejadian bencana alam yang berlaku di seluruh Malaysia, juga di seluruh dunia, cerita Happy Feet adalah relevan. Ini adalah kerana cerita Happy Feet adalah cerita environmentalist, tentang kerakusan manusia dan kesannya pada alam.

Environmentalis dan 'go green' adalah 'in thing' sekarang di seluruh negara-negara maju. Di negara Perancis, Belanda, Swiss, German dan Jepun mengutamakan produk semulajadi dan mengamalkan konsep kitar semula. Berbanding negara kita, kesedaran kita masih di tahap pengenalan, belum mengamalkan, apatah lagi membudayakan.

Saya pernah diberitakan, seorang sarjana dari German, yang duduk di German sudah 10 tahun tidak membuang sampah. Sampah-sampah boleh lupus dijadikan baja kompos dan sampah tidak boleh lupus di kitar semula. Saya juga pernah berjumpa, sarjana yang mengumpul (harvest) air hujan, dia duduk di bandar besar di Shah Alam dan telah mengubahsuai rumah agar bumbung boleh mengumpul hujan untuk diguna semula. Seperti duduk di kampung bukan? Dapurnya diletakkan 4 tong sampah supaya sampah boleh disaring untuk memudahkan kitar semula. Fuh, sungguh komited.

Apa yang ada dalam cerita Happy Feet? Ia cerita anak penguin malang, kerana waktu kelahiran dia abnormal, dia telah menjadi anak penguin yang cacat. Cacat Happy Feet adalah kerana dia tidak mampu menyanyi, sedangkan semua penguin sejenisnya boleh menyanyi. Hanya dengan menyanyi dia boleh mencari teman hidupnya. Kerana kecacatan itu, Happy Feet dikurniakan kelebihan lain. Happy Feet mempunyai kelebihan melakukan tap dance / tarian tap. Iaitu sejenis tarian yang menggunakan kaki mengeluarkan bunyi mengikut rentak muzik. Tetapi oleh kerana masyarakat penguin tidak pernah melihat kelainan yang ini, Happy Feet telah dianggap sial oleh seluruh masyarakatnya, malah ibu dan bapanya sendiri.

Cerita Happy Feet tidak berakhir di situ. Disebalik kemelut peribadi, masyarakat penguin mengalami masalah paling besar dekad ini. Iaitu kekurangan ikan. Bermakna, survival mereka terjejas. Dan Happy Feet adalah hero kerana dialah watak yang menjejak apakah punca masalah mereka kekurangan ikan. Seperti cerita-cerita 3D yang lain, cerita Happy Feet happy ending kerana dia telah berjaya menyelamatkan semua penguin-penguin di kutub selatan.

Puncanya apa? Puncanya kerana ketamakan manusia yang menuai ikan (menangkap ikan) dalam skala yang begitu besar (sangat besar, jika anda menonton cerita ini, anda tentu tidak menyangka ada pukat yang dibuat sangat besar untuk mengaut ikan dengan sekali sauk) mengakibatkan rantai makanan tidak seimbang. Kerana kitaran makanan ini telah terjejas teruk, maka yang mendapat kesannya adalah penguin-penguin yang tidak disedari kewujudan mereka.

Apa yang dialami oleh Happy Feet dan masyarakatnya ada persamaan dengan apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur. Ya, Bukit Antarabangsa sudah punya sejarah yang panjang, dari Highland Tower lagi, namun apa pengajaran yang kita ambil setelah tragedi berdarah berlaku lama dulu, kini berulang lagi. Tetapi yang mengalir darah, adalah darah orang lain. Dan adakah kita perlu menyaksi darah lain tertumpah lagi di atas tanah yang sama? Tanah Bukit Antarabangsa sendiri menangis kerana terpaksa menunaikan tanggungjawabnya menjawab apa yang telah diperintahkan atasnya.

Sewaktu sebuah rumah orang kenamaan roboh (kerana tanah runtuh) pada tahun 2002 di Hill View saya berjalan kaki ke sana tetapi tidak mendapat akses. Kali ini di Bukit Antarabangsa saya belum mencuba lagi untuk turut serta menyaksi kecuali dari dalam TV (ermm, saya perlu cari jalan untuk dapat akses ke tempat bencana). Tetapi walau apa pun kejadiaannya, kesamaannya satu. Seperti dalam cerita Happy Feet, keseimbangan telah diusik, rantaiannya tidak stabil, maka kecelakaanlah yang berlaku.

Dalam Berita Harian hari ini, seperti dilaporkan oleh Prof Roslan Zainal Abidin dan Prof Ibrahim Komoo, tanah tinggi yang dibangunkan adalah terdedah kepada risiko tanah runtuh. Untuk satu-satu kes tanah runtuh di luar negara, hujan tahunan sebanyak 1500mm sudah cukup untuk membolehkan tanah digerakkan dan akhirnya berlaku tanah runtuh. Mungkin kita ramai tidak tahu, di Malaysia hujan tahunan kita adalah lebih dari 3000mm setahun. Bermaksud, risiko tanah runtuh adalah ganda dua.

Sebelum ini mengapa jarang sekali kedengaran tanah runtuh? Kerana tanah tinggi kita tidak diusik. Pokok-pokok yang hidup subur di atas bukit adalah sebagai shield (perisai). Pokok boleh menyerap air. Akarnya menjadi anchor (pasak) untuk terus memegang tanah dari bergerak. Sistem ini adalah sistem semulajadi, yang mustahil manusia dapat men'duplicate' (pendua). Sementelah lagi, dengan keadaan pemanasan global, para saintis sendiri tidak dapat menduga apakah pola cuaca yang sedang berlaku. Jika pola hujan dan cuaca tidak boleh dikira dan dicatatkan, maka kita tidak boleh membuat agakan (prediction) apa yang akan berlaku selanjutnya. Jadi risiko manusia dan bencana alam adalah berlipat-lipat kali ganda.

Tidak seperti Happy Feet, pengakhiran ceritanya adalah pengakhiran yang gembira (happy ending), di Bukit Antarabangsa, kita tidak tahu lagi. Happy Feet menceritakan manusia berubah, dan membuat sesuatu untuk membolehkan kitaran alam semulajadi kembali seperti sediakala. Seperti melarang menangkap ikan di kawasan kutub.

Kita di Bukit Antarabangsa dan Bukit-bukit yang lain, akan adakah tangan yang akan mengembalikan kitaran semulajadi kekal di tempat asalnya?

Jika dia boleh bersuara, tanah di Bukit Antarabangsa akan berkata yang dia sudah cukup derita untuk mencatat cerita berdarah lagi.

Jangan salahkan yang lain. Kita semua berperanan. Dan bukan sekarang kita diperingatkan, bukan juga sewaktu di Highland Tower dulu, juga bukan di Pos Dipang, Bukit Lanjan dan lain-lain lagi. Lama sebelum, sebelum kita mengenal perkataan bencana lagi, di dalam Quran 1400 tahun lalu, Rasul berpesan dengan kalam Allah begini,

'telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)' - Surah 30 Ayat 41.

Happy Feet, bencananya di laut.
Bukit Antarabangsa di darat.

Satu ilusi pengkarya filem.
Satu lagi hakikat yang dipertontonkan terus dari Maha Pengkarya.

Dari apa yang dibacakan dari Al Quran, satu soalan, sudahkah kita...insaf?

7 comments:

Cikli said...

Fuh. dalam dan meresap artikel ini walaupun belum pernah tengok happy feet.

banjir di kampung mak saya pun ada kelainan tahun ini. Biasa sebelah hulu naik air dulu. kali ni air bergenang di hilir dulu.

pasal kerosakan yg terbuat? apa tidaknya sebuah bukit rata dikerjakan bersama masjid yang teguh setia di atasnya sejak sekian lama.

saya rasa ada kaitan.

ieka said...

:)

pokmudo said...

Kebanyakan manusia lebih cintakan perkara2 yang mendatangkan keuntungan duniawi kepada mereka.

ASaL said...

cikli - pelik2 bencana alam sekarang, seolah tidak mengikut pattern.

ieka - :)

pokmudo - manusia memang tidak fikir panjang. Keuntungan duniawi yg mereka cari adalah bersifat sementara. Sedang mereka telah berbuat sesuatu yg merosak alam secara kekal, dan ini lebih merugikan dan kerosakkannya kekal. Seperti yg berlaku di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa. Untuk keuntungan sementara, dibalas dengan kerugiaan yg berlipat2 kali ganda. Mana satu yg kita pilih sebenarnya?

Hans.Words said...

Salam,
Manusia ada kelemahan iaitu - GREED atau TAMAK. Apa yang berlaku disebabkan apa yang kita buat: pembangunan dikaki bukit, membuang sampah di sungai etc.
Bencana Alam - maybe cara dunia menunjukkan ketidakpuashatian terhadap makhluk bergelar manusia.
Wallahualam.

ASaL said...

hans.word - kalau ikut ayat Quran, apa yg jadi pun sbb tangan manusia, dan saya setuju, masalah utamanya ialah KETAMAKAN. sangat setuju.

lin said...

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情