Friday, November 1, 2013

Diari Seorang Siapa (?) : #7 - 2

Aku ceritakan, aku hidup di zaman edan. Edan itu apa aku pun tak tahu nak explain macamana. Aku rasa ini zaman sangat keliru. Sebab kau tidak akan tahu mana benda baik dan mana benda buruk. Benda buruk seperti rasuah misal kata boleh jadi sangat baik jika kau penerimanya. Dan kalau kau orang agama yang ada ilmu sikit-sikit, kau boleh guna ayat Quran dan Hadith untuk cakap benda yang kau buat itu betul.
 
Baik, mungkin aku terlalu melulu.
 
Aku ceritakan zaman aku ini. Tahun aku menulis ini tahun 2013. Boleh jadi kau akan membaca tulisan ni masa tahun 2020, 2035 aku tidak tahu. Zaman ini zaman ledakan teknologi berasaskan elektronik berkembang mendadak. Model baru untuk TV, telefon, computer boleh berubah selang bulan. Dan akan menyebabkan aku yang jenis setia kepada telefon yang masih boleh berfungsi, kelihatan sangat otai. Otai atau bahasa panjangnya, Old Timer. Tetapi kau akan dilihat sangat gerek kalau kau boleh catch up teknologi mengikut peredaran zaman.
 
Contoh mudah aku bagi. Waktu aku menulis ni, telefon paling gerek sekali kat pasaran, aku rasa ialah Samsung Note 3. Kerana telefon tu ada stylus yang dibuat sangat teliti, sehingga kau rasa betul-betul kau memegang pen dan boleh menulis di skrin. Hahaha, aku bayangkan, orang membeli Note 3 hanya sebab dia nak menulis di skrin. Harga Note 3 mungkin dalam RM2500 macam tu lah. Kau boleh bagi aku RM2.50, aku boleh belikan kau note pad dan pen yang kau boleh tulis atas tu sampai lebam.
 
Boleh jadi aku tulis macam ni esok lusa aku pergi beli Note 3. So kutukan ni kau jangan risau, adalah untuk aku dulu, sebelum orang lain. Satu lagi ciri Note 3 ialah kau boleh beli satu lagi gajet namanya Gear. Gear ni sebenarnya jam. Jam kau memanglah pakai kat tangan kan. Tapi jam ni aku bayangkan macam jam yang aku berangan masa aku nak jadi Ultraman masa kecil-kecil dulu. Kalau aku tekan jam tu, aku sebenarnya boleh menjawab telefon atau jam tu sendiri aku boleh telefon orang. Gerek kan? Lepas tu dengan jam tu juga kau boleh ambil gambar kat mana-mana yang kau suka hanya dengan menggunakan jam kat pergelangan tangan kau je. Tak rasa macam James Bond ke? Atau kalau nak muda sikit, macam Ben 10.
 
Gerek kan? Takut pula aku kalau esok lusa aku terbeli plak Note 3 dan Gear ni.
 
Tengok betapa kelirunya hidup zaman ini.
 
Zaman ini aku rasa yang bagusnya ialah bila pagi-pagi dalam pukul 7 macam tu, akan ada banyak rancangan bercorak agama kat TV. Rancangan Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah pun ada, aku rasa akan datang boleh jadi ada rancangan Tanyalah Tok Siak. Dan banyak lagi memang bersepah kat banyak siaran TV.
 
Aku rasa, ini hipotesis awal akulah, kau jangan nak tanya sangat hipotesis itu apa, boleh google untuk tahu, rancangan-rancangan ini adalah untuk sasaran penonton yang tidak pergi kerja. Boleh jadi untuk mak-mak kita, dan juga surirumah. Which aku rasa memang sangat brilliant orang yang menyusun rancangan dengan kehendak pasaran.
 
Masih lagi tinggal tanda tanya, orang yang lebih ramai di luar, bila mereka akan dapat manfaat dari rancangan berbentuk nasihat dan ingatan ni? Sebab setahu aku, bila habis bekerja dan di waktu prima (prime time), akan kembali rancangan yang disogokkan untuk kau lupa benda baik-baik, tetapi kau akan menganga tengok rancangan yang akan menggeletik nafsu konsumerisme kau. Maksud aku nafsu membeli kau.
 
Kau tengok lepas berita, rancangan disusun itu akan sangat banyak bersifat popularis. Kalau ada drama, akan ditonjolkan elemen popularis dan juga secara tidak sedar akan disogokkan dengan gaya hidup orang kaya. Perlahan-lahan dalam kepala kau akan terdidik secara tidak langsung, hidup ideal yang boleh buat kau happy ialah benda yang ditunjukkan dalam drama tu.
 
Aku tak rasa kalau aku tanya budak kecil zaman ni, kalau aku tanya rumah idaman mereka macam mana? Aku berani jamin mereka akan menggambarkan apa yang selalu mereka tengok kat TV. Walaupun realiti zaman aku hidup ini, ada manusia yang tidak ada rumah sebab mereka hidup gelandangan kat kota besar, malah di KL pun ramai. Itu baru contoh terdekat. Belum lagi kalau aku ajak kau berfikir apa yang ada di luar dari Malaysia, kalau kau cuba tengok dekat Negara-Negara dunia ketiga. Ada antara mereka yang berumahtangga dalam kotak, atau pun dalam paip pembentung.
 
Aku tidak tahu kenapa, semakin kita terasa mewah dan senang, semakin itu juga kau akan lihat manusia miskin melarat itu semakin bertambah. Kadang-kadang jumlah mereka adalah sesuatu yang kau rasa tidak masuk akal sikit pun.
 
Tapi aku akan beritahu kau, kau tidak akan nampak realiti ini kalau kau setakat bergantung dengan membaca untuk tahu. Ya, aku rasa kau akan nampak juga, tetapi untuk merasai dan turut rasa ditekan dengan senario ini mungkin tidak ada.
 
Sebab itu aku jadi keliru. Bila mana rancangan-rancangan bersifat baik bercambah, tetapi aku hairan kenapa sikap dan tindakan kita tidak banyak berubah. Mungkin kita akan rasa simpati, bila Ustaz Ustazah memperingatkan kita tentang orang yang hidup susah, tetapi itu sahajalah. Tidak banyak benda yang dicakapkan yang menyebabkan kita sanggup angkat punggung dari sofa empuk yang sedang kita duduk depan TV itu. Tidak ramai orang yang menyanggupkan diri.
 
Aku rasa aku tahu kenapa. Tapi aku akan sambung later lah. Aku pun manusia juga yang kadang-kadang sakit perut dan perlu membuat pelaburan.
 

1 comment:

Harith said...

Lama tak dengar orang sebut Gerek.