Monday, August 24, 2020

Diari Seorang Siapa (?) : # 7 - 4

Aku masih seorang yang normal, walau pemikiran aku bukan seperti yang orang normal mahukan. Kalau nak tanya adakah aku masih tengok TV, ya, hanya yang noob sahaja kot tidak tertarik pada TV. Aku sangat suka rancangan The Voice dan betapa Tuhan telah menjadikan kepelbagaian walau hanya dalam satu segi sahaja, suara.
 
Itu yang menyebabkan aku terfikir, kepelbagaian itu ada di mana-mana, dan untuk aku itu adalah manifestasi keindahan. Tapi sekarang aku tak pasti, sebab orang lebih menghargai apa yang mereka mahukan dari kita. Yang mereka mahukan ialah tindakan yang mereka boleh jangka. Mereka mahu kita hidup sama seperti mereka, berfikir apa yang fikirkan dan jangan buat yang aneh-aneh.
 
Entah, aku jadi tidak tahu.
 
Sekian banyaknya orang bercakap mengenai kebajikan dan kasih sayang kepada orang kecil, di kaca TV. Kita menjadi sedar tentang itu, aku tahu, Tetapi untuk aku lihat seruan itu dijelmakan dalam kehidupan kita sehari-hari, aku masih tidak nampak lagi. Tahun ini, aku buat perubahan yang sedikit berbeza. Aku mula bercakap mengenai orang-orang kecil di sekeliling aku yang bijak pandai. Aku ajak mereka untuk mula berfikir dan bertindak ke daerah ini. Tahu apa yang aku dapat, pandangan aneh dan tidak faham. Mereka mula melihat aku sebagai orang asing.
 
Kawan-kawan aku adalah mereka yang berjenis pakai Accord, Camry, Mercedes, BMW dan aku memilih Kancil. Aku diajarkan bila aku memakai kasut Hush Puppies atau Jimmy Choo, aku tidak patut melihat orang yang pakai Croc pasar malam dengan perasaan yang dia tidak mampu pakai apa yang aku pakai. Tapi itu hanya pemikiran ideal bagi kita yang mahu melihat orang yang mahu melihat manusia lain dengan kesamarataan. Dunia ini orang tidak melihat seperti itu. Orang mahu melihat kita dipisahkan dengan kelas. Samada kau kelas bawah atau kau bangsawan.
 
Apa yang ada di sekeliling aku ialah budaya mahu menonjol, dan tonjolan itu mereka mahu perlihatkan dalam satu bentuk sahaja, pencapaian material. Atau bahasa mudahnya kekayaan.
 
Katalah seorang datang dan nasihatkan aku, zaman ini kita tidak perlu terikat sangat dengan sijil dan pencapaian sijil universiti. Banyak sudah orang yang tanpa sijil berjela tetapi berjaya dalam hidup. Bila aku tanyakan siapa, mereka jawab jawapan klise, Steve Job, Mark Zuckerberg, Bill Gates.
 
Aku katakana klise kerana masih tetap ukuran mereka adalah material dan kekayaan. Katalah mereka tidak kaya, adakah mereka akan disebut-sebut dalam senarai orang berjaya. Kelihatannya segi yang dibincangkan hanya satu aspek. Bukan yang lain-lain.
 
Aku hendak bertanya, apa yang mereka bawa membawa keseimbangan sebagai seorang manusia, dan juga menjadi dunia lebih baik atau kompetetif. Dunia jadi lebih kompetetif tidak syak, tetapi dalam bentuk yang harmoni? Aku tak pasti tentang itu.
 
Adakah kalau seorang ibu dan bapa berjaya mendidik anak-anak menjadi manusia berguna yang kenal Tuhan, kenal tanggungjawab pada diri keluarga dan mereka juga perhatikan masyarakat, itu dikira contoh yang tidak berjaya?
 
Masalah kita penilaian kejayaan itu tidak adil. Sebab dinilai dari sudut pandang manusia yang akan selalu berubah-ubah.
 
Aku tidak tahu kalau kita masih lagi boleh anggap Facebook yang dicipta oleh Zuckerberg itu satu ciptaan yang berjaya sedang kita tahu ramai suami isteri bercerai, kes rogol kerana diimtip setiap pergerakkan, pergaduhan antara sesama rakan, belum lagi dengan fitnah bertaraf boleh mengganggu gugat keselamatan Negara.
 

Saturday, November 2, 2013

Diari Seorang Siapa (?) : # 7 - 3

Sorry kalau aku terlalu nampak menyerang Ustaz Ustazah. Aku minta maaf sebab dalam kepala aku masih lagi reserve untuk meletak kepercayaan seratus peratus melainkan kepada Nabi.
 
Sebenarnya dalam barisan kemarahan aku juga adalah golongan intelektual, cerdik pandai yang pandai bercakap istilah-istilah bombastik tetapi terlalu sedikit masalah masyarakat dapat diselesaikan. Mereka ini hidup dalam keadaan selesa, perjuangan yang mereka hadapi hari-hari sekadar untuk kepentingan diri sendiri mereka rasakan sudah cukup, dan tidak perlu buat yang lain lagi.
 
OK apa yang aku merepekkan ni. Mungkin yang aku marahkan ialah kemalasan kita dalam berfikir. Sebab itu kita sandarkan golongan orang berilmu ini untuk tolong kita cari jawapan untuk setiap masalah. Patut aku tak guna perkataan kita, tapi aku.

Aku jadi terpukul bila baca status FB kawan, katanya, "adakah aku akan suka, bila aku jumpa aku." Deep. Soalan yang berlegar dalam kepala aku dan tidak mahu keluar. Terus terang, aku belum tentu suka.

Setahun ini, aku jumpa kawan yang lagi muda, tapi hebat dalam berfikir. Membuat aku malu sendiri, benda apa yang telah aku tinggalkan. Walaupun aku berani kata aku duduk dalam kelompok orang pandai, tapi aku juga berani kata, kelompok ini hanya pandai jika benda yang mereka nak buat tu, menyangkut kepentingan diri sendiri, Contoh untuk naik pangkat dan dapat anugerah, tapi tidak pernah mereka rasa berghairah untuk cakap benda lebih penting, Contoh, untuk tolong masyarakat, atau untuk sumbang balik pada masyarakat.

Tahu sapa ajar aku untuk betul-betul fikir pasal masyarakat? Orang muda yang belum habis sekolah, yang tak duit dan gaji, yang tak ada kereta sendiri, yang masih disibukkan dengan tugasan sekolah. Mereka inilah yang ajar aku untuk betul-betul menangis bila kita tengok orang yang tidak ada rumah, dan makan atas belas ihsan orang.

Sampai satu masa, aku rasa, mereka telah mengajarkan satu segi paling penting dalam beragama, iaitu nilai kemanusiaan dan kasih sesama makhluk.

Dan kerana aku masih ada sindrom malas berfikir ini, aku nak juga tanya satu soalan, menegakkan hukum dalam agama lebih penting atau kemanusiaan itu lebih penting, bila kita dihadapkan dua pilihan ini?

Kerana itu aku selalu kenang Nabi, Terutama kisah Baginda yang bagi makan Yahudi buta. Sehingga sudah, Yahudi buta yang kerjanya mencaci maki Nabi tidak pernah tahu orang yang memberinya makan itu Nabi. Sampailah Baginda wafat, baharulah Si Buta sedar manusia mulia yang mendengar caciannya itulah, orang yang sama menyuapkannya makan.

Kau tahu, di tempat aku yang ramai orang pandai itu, aku jarang mendengar dari mulut mereka rancangan untuk pembaikkan umat. Tetapi mereka suka cakap apa benda mereka nak makan hari tu, tempat makan yang mana, segalanya tentang makan. Kalau kau nak dengar aku cakap tak elok sikit, aku boleh cakap semuanya tentang perut sendiri. Semuanya tentang hiburan harian.

Orang-orang yang mengajak buat kebajikan pula di pandang pelik separuh hina. Sebab mereka menyangka orang seperti ini sudah hilang cita-cita dan keinginan untuk hidup di masa depan. Sebab tindakan mereka seolah membawa satu langkah ke belakang. Dalam mulut mereka adalah tentang manusia, bukan tentang mengejar kemewahan.

 

Friday, November 1, 2013

Diari Seorang Siapa (?) : #7 - 2

Aku ceritakan, aku hidup di zaman edan. Edan itu apa aku pun tak tahu nak explain macamana. Aku rasa ini zaman sangat keliru. Sebab kau tidak akan tahu mana benda baik dan mana benda buruk. Benda buruk seperti rasuah misal kata boleh jadi sangat baik jika kau penerimanya. Dan kalau kau orang agama yang ada ilmu sikit-sikit, kau boleh guna ayat Quran dan Hadith untuk cakap benda yang kau buat itu betul.
 
Baik, mungkin aku terlalu melulu.
 
Aku ceritakan zaman aku ini. Tahun aku menulis ini tahun 2013. Boleh jadi kau akan membaca tulisan ni masa tahun 2020, 2035 aku tidak tahu. Zaman ini zaman ledakan teknologi berasaskan elektronik berkembang mendadak. Model baru untuk TV, telefon, computer boleh berubah selang bulan. Dan akan menyebabkan aku yang jenis setia kepada telefon yang masih boleh berfungsi, kelihatan sangat otai. Otai atau bahasa panjangnya, Old Timer. Tetapi kau akan dilihat sangat gerek kalau kau boleh catch up teknologi mengikut peredaran zaman.
 
Contoh mudah aku bagi. Waktu aku menulis ni, telefon paling gerek sekali kat pasaran, aku rasa ialah Samsung Note 3. Kerana telefon tu ada stylus yang dibuat sangat teliti, sehingga kau rasa betul-betul kau memegang pen dan boleh menulis di skrin. Hahaha, aku bayangkan, orang membeli Note 3 hanya sebab dia nak menulis di skrin. Harga Note 3 mungkin dalam RM2500 macam tu lah. Kau boleh bagi aku RM2.50, aku boleh belikan kau note pad dan pen yang kau boleh tulis atas tu sampai lebam.
 
Boleh jadi aku tulis macam ni esok lusa aku pergi beli Note 3. So kutukan ni kau jangan risau, adalah untuk aku dulu, sebelum orang lain. Satu lagi ciri Note 3 ialah kau boleh beli satu lagi gajet namanya Gear. Gear ni sebenarnya jam. Jam kau memanglah pakai kat tangan kan. Tapi jam ni aku bayangkan macam jam yang aku berangan masa aku nak jadi Ultraman masa kecil-kecil dulu. Kalau aku tekan jam tu, aku sebenarnya boleh menjawab telefon atau jam tu sendiri aku boleh telefon orang. Gerek kan? Lepas tu dengan jam tu juga kau boleh ambil gambar kat mana-mana yang kau suka hanya dengan menggunakan jam kat pergelangan tangan kau je. Tak rasa macam James Bond ke? Atau kalau nak muda sikit, macam Ben 10.
 
Gerek kan? Takut pula aku kalau esok lusa aku terbeli plak Note 3 dan Gear ni.
 
Tengok betapa kelirunya hidup zaman ini.
 
Zaman ini aku rasa yang bagusnya ialah bila pagi-pagi dalam pukul 7 macam tu, akan ada banyak rancangan bercorak agama kat TV. Rancangan Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah pun ada, aku rasa akan datang boleh jadi ada rancangan Tanyalah Tok Siak. Dan banyak lagi memang bersepah kat banyak siaran TV.
 
Aku rasa, ini hipotesis awal akulah, kau jangan nak tanya sangat hipotesis itu apa, boleh google untuk tahu, rancangan-rancangan ini adalah untuk sasaran penonton yang tidak pergi kerja. Boleh jadi untuk mak-mak kita, dan juga surirumah. Which aku rasa memang sangat brilliant orang yang menyusun rancangan dengan kehendak pasaran.
 
Masih lagi tinggal tanda tanya, orang yang lebih ramai di luar, bila mereka akan dapat manfaat dari rancangan berbentuk nasihat dan ingatan ni? Sebab setahu aku, bila habis bekerja dan di waktu prima (prime time), akan kembali rancangan yang disogokkan untuk kau lupa benda baik-baik, tetapi kau akan menganga tengok rancangan yang akan menggeletik nafsu konsumerisme kau. Maksud aku nafsu membeli kau.
 
Kau tengok lepas berita, rancangan disusun itu akan sangat banyak bersifat popularis. Kalau ada drama, akan ditonjolkan elemen popularis dan juga secara tidak sedar akan disogokkan dengan gaya hidup orang kaya. Perlahan-lahan dalam kepala kau akan terdidik secara tidak langsung, hidup ideal yang boleh buat kau happy ialah benda yang ditunjukkan dalam drama tu.
 
Aku tak rasa kalau aku tanya budak kecil zaman ni, kalau aku tanya rumah idaman mereka macam mana? Aku berani jamin mereka akan menggambarkan apa yang selalu mereka tengok kat TV. Walaupun realiti zaman aku hidup ini, ada manusia yang tidak ada rumah sebab mereka hidup gelandangan kat kota besar, malah di KL pun ramai. Itu baru contoh terdekat. Belum lagi kalau aku ajak kau berfikir apa yang ada di luar dari Malaysia, kalau kau cuba tengok dekat Negara-Negara dunia ketiga. Ada antara mereka yang berumahtangga dalam kotak, atau pun dalam paip pembentung.
 
Aku tidak tahu kenapa, semakin kita terasa mewah dan senang, semakin itu juga kau akan lihat manusia miskin melarat itu semakin bertambah. Kadang-kadang jumlah mereka adalah sesuatu yang kau rasa tidak masuk akal sikit pun.
 
Tapi aku akan beritahu kau, kau tidak akan nampak realiti ini kalau kau setakat bergantung dengan membaca untuk tahu. Ya, aku rasa kau akan nampak juga, tetapi untuk merasai dan turut rasa ditekan dengan senario ini mungkin tidak ada.
 
Sebab itu aku jadi keliru. Bila mana rancangan-rancangan bersifat baik bercambah, tetapi aku hairan kenapa sikap dan tindakan kita tidak banyak berubah. Mungkin kita akan rasa simpati, bila Ustaz Ustazah memperingatkan kita tentang orang yang hidup susah, tetapi itu sahajalah. Tidak banyak benda yang dicakapkan yang menyebabkan kita sanggup angkat punggung dari sofa empuk yang sedang kita duduk depan TV itu. Tidak ramai orang yang menyanggupkan diri.
 
Aku rasa aku tahu kenapa. Tapi aku akan sambung later lah. Aku pun manusia juga yang kadang-kadang sakit perut dan perlu membuat pelaburan.
 

Thursday, October 31, 2013

Diari Seorang Siapa (?) : #7 - 1

Aku rasa ramai mahu berjujur diri. Mahu tunjukkan apa yang difikirkan jauh disudut hari menjeritkannya kuat-kuat pada semua benda yang menjengkelkan. Contoh, "apa gila harga gula naik. Semua harga nak naik harga, apa jadi pada orang yang tidak punya apa."
 
Mungkin kita mahu jeritkan dengan bahasa lebih haram dari apa yang aku tuliskan di atas. Tetapi tertahan. Apa yang menahan kau dan aku? Macam-macam bukan? Salah satunya adalah pandangan orang terhadap kemuliaan diri kau.
 
Tinggal lagi aku rasa aku mahu keluar dari wajah ala-ala jambu, dan menunjukkan wajah aku yang kelabu. Tetapi kau yang kenal aku, tetap akan rasa aku pengecut kerana menulis di tempat alter ego aku, bukan di tempat umum yang selalu aku tuliskan.
 
Kau, doakan sahajalah satu hari aku akan jadi berani.
 
Apa yang aku marahkan? Hakikatnya, semua. Termasuk diri sendiri yang tidak lebih berani.
 
Aku menyampah kepada orang yang menjaja-jaja untuk melihat dunia lebih baik, tapi menahan diri untuk bersedekah walau untuk belanja kepada kawan sendiri. Kau tak rasa menyampah?
 
Kau ada dengar gerai penjaja kecil yang dirobohkan? Kau pernah Nampak penjaja kecil yang cuba cari rezeki di hadapan stesen komuter, kemudian ditangkap oleh PBT dimasukkan dalam van dan barang jajaan mereka sekali? Atau orang yang tinggal di setinggan, yang rumah mereka dirobohkan sebelum mendapat ganti?
 
Semua benda itu benda yang dialami oleh orang kecil. yang mungkin kau tak pernah nampak, jika seumur hidup kau duduk dalam kereta mewah yang ada pemandu. Atau kau yang disibukkan dengan pemikiran untuk menukar kereta baru setiap dua tahun sekali. Yang cita-cita kau ialah untuk mempunyai kereta paling hebat yang orang lain tak ada di tempat kerja kau. Atau kau yang merasakan tidak gerek kalau naik kenderaan awam. Yang kau tidak pernah kenal bersusah-susah berebut tiket dan tempat, atau terpaksa berdiri berjam-jam sehingga kaki kau sakit dan lebam. Ya, tulisan ini bukan untuk kau.
 
Bila orang-orang kecil ini ditindas begitu rupa, siapa yang bangkit membela mereka? Ya betul, kau boleh menyampah juga kat aku sebab aku juga tidak pergi ke hadapan membela mereka. Tetapi at least, at least aku jeritkan di sini. Sebagai tanda benda-benda ini memang terkesan kat jiwa aku. Memang buat aku rasa nak melempang orang. Dan untuk aku, aku harap, ini rasa yang dapat aku simpankan sehingga aku jadi berani untuk jadi mereka yang di barisan hadapan.
 
Kau akan jadi sangat hairan, yang membela orang-orang kecil ini adalah orang yang tidak ada nama dan berkepentingan. Tetapi menyanggupkan diri menjadi perisai supaya kedaulatan kawasan orang-orang kecil ini tidak diusik.
 
Tapi kau tetap akan tahu, kalau aku tidak cerita pun kau sudah tahu pengakhirannya. Bahawa orang-orang kecil dan pembela mereka akan selalu di tempat orang yang kalah. Merekalah yang akan terus dihumban masuk dalam van/lori PBT atau dalam lokap atas alasan menghalang tugas atau ketenteraman awam. Mereka hanya mahu mendapatkan sesuap rezeki untuk kelangsungan hidup hari-hari, bukan mereka mahu naik Ferrari.
 
Yang aku marahkan ialah, aku mencari orang agama. Ustaz-ustaz yang keluar setiap pagi di rancangan Tanyalah Ustaz dan Ustazah-ustazah yang berbicara petah. Di mana mereka untuk menyuarakan ketidak adilan ini?
 
Kau akan cakap aku siapa kerana tiba-tiba nak lantang macam ni? Aku akan cakap ialah aku seorang manusia yang hidup dalam zaman serba merapu ini, yang baik dan buruk itu selalu bertukar-tukar dengan melihat kepada kuasa yang memegang bicara dan populariti. Aku tuliskan ini sebagai bukti sejarah yang mana aku sedang lalui, kau sedang lalui, dengan sikap kita yang berbeza-beza.
 
Dan aku tidak akan cakap bahawa aku telah buat sesuatu yang melayakkan aku menulis ini, aku cuma mahu tegaskan, aku mahu menulis sebagai rakaman sejarah. Zaman yang mana harga gula naik dan itu adalah cara ampuh untuk menghalang penyakit diabetes. Kan?
 
Aku belajar sejarah. Bahawa tamadun kita akan musnah, jika keadilan itu tidak tertegak dalam nilai semulajadinya. Dalam definisi keadilan yang sejati. Bila orang-orang kecil terus dipinggirkan atas nilai produktiviti, komersil, kemajuan dan kemodenan. Untuk itu orang-orang ini perlu mengungsi jauh dari kota, jika mereka perlu ada pun adalah sebagai buruh dan pelayan orang-orang kaya.
 
Kau tahu aku nampak apa?
 
Aku nampak penghambaan yang dilakukan oleh Firaun itu dihidupkan kembali, dengan cara paling keji. Tetapi kita menerimanya tanpa sedar apa-apa.
 

Wednesday, September 4, 2013

Diari Seorang Siapa (?) : #6 - 1

Nama saya Anfal. Anfal pelajar universiti. Macam pelik pula tulis macam ni dalam diari sendiri. Macamlah tak pernah tulis diari. Tapi kali ini penulisan diari adalah sebab tertentu. Anfal telah memasuki satu kelab yang ditubuhkan. Nama kelab ini ialah AKC. Nama panjangnya, Ashabul Kahfi Club. Pelik bukan? Nama Melayu kalau kita terjemahkan, Kelab Sahabat Gua.

Antara syarat kelab AKC ini ialah, wajib menulis catatan sendiri setiap kali menghadiri aktiviti kelab, atau pun jika tidak dapat mencatat apa-apa, catat peristiwa penting yang berlaku setiap hari. Tetapi coach kami CJ7 kata, kalau tidak dapat mencatat hari-hari, seminggu sekali mesti menulis. Tujuannya supaya kami ingat. Tapi Anfal sebenarnya belum dapat faham banyak apa yang Coach CJ7 mahukan dari kami, tetapi Anfal ikut sahaja.

Mmmmm, macam tidak reti pula bagaimana mahu mula menulis. Selalu menulis diari macam senang, tulis je apa yang Anfal suka. Kali ini, macam ada rasa risau sikit. Walaupun Coach CJ7 kata, diari kami memang akan kekal sebagai catatan peribadi tidak akan dibaca orang lain, tiba-tiba Anfal rasa macam buat benda yang penting pula. Macam ada rasa tanggungjawab nak tulis betul-betul.

Baik Anfal cuba sehabis baik.

Pertama Anfal mahu cerita bagaimana Anfal sertai AKC ni. Sebenarnya Anfal sudah lama memerhatikan Coach CJ7. Ramai yang kata dia pensyarah yang garang. Senior yang scorer komen lain, kata mereka Dr CJ7 tegas. Coach CJ7 konsisten dalam menghukum dan tidak akan tunduk dengan alasan yang macam-macam dari pelajar.

Anfal pula melihat Coach CJ7 dari sudut lain. Coach CJ7 sangat merendah diri orangnya. Percakapan, cara berpakaian, kereta yang dipakai, semua serba sederhana. Macam Anfal juga. Tetapi Coach CJ7 ada kisah kejayaan yang macam-macam, tetapi disorokkan dari pengetahuan ramai.

Kenapa Anfal boleh tahu semua. Sebab Anfal memang ikut blog Coach CJ7 lama sudah. Tapi Anfal tidak akan beritahu Coach, sekurang-kurangnya buat masa ni.

Anfal sendiri tidak sangka Coach CJ7 ada di Universiti Anfal. Bila melihat poster pelawaan untuk daftar kelab AKC, Anfal rasa ini peluang yang cukup baik. Anfal mahu jadi wanita berketrampilan dan berkarakter, bijak dan berhikmah macam Coach CJ7. Anfal mahu jadi wanita yang kuat dan bersemangat.

Itu tujuan Anfal sebenarnya.

Hmmmm, tapi Anfal macam sudah kekeringan idea nak sambung.  Lain kali Anfal tulis lagi ya diari.
Catatan untuk hari ini macam dah berubah dari apa yang Anfal buat dulu-dulu. Mungkin ini titik Anfal berubah. Moga boleh konsisten apa yang Anfal buat, moga apa yang Anfal buat akan beri manfaat

Thursday, August 22, 2013

Diari Seorang Siapa (?) : # 5 - 5

Salam Tuan / Puan / Encik / Cik yang beri komen di diari aku. Kenapa nak luku kepala aku eh?

Aku pun kena jawab juga. Aku dah tanya CJ7 kemungkinan besar aku tak nak belajar dengan dia buat masa ni. Belum waktunya kot, rasa aku lah. CJ7 ok relax je. Tak de reaksi langsung. Hahaha, of course sebab aku Whatsapp je dengan CJ7 macamana aku nak nampak reaksi.

Tapi aku tanya lagi, tak pe ke? CJ7 jawab tak pe. Tak marah ke? Tak. Betul ke? Betul.

Harus kena lempang je aku ni kan. Sumpah CJ7 tu penyabar.

“Saya ambil ayat Quran, tak ada paksaan dalam agama. Tiada paksaan juga untuk awak tahu sesuatu.” CJ7 sambung mesej.

Oh. Sentap gak.

“Awak akan jumpa jalan awak.”

Tiba-tiba dunia jadi macam sunyi. Tapi semua kata-kata yang dalam mesej Whatsapp tu aku bukan baca, tetapi aku seolah dengar suara CJ7. Aku akan jumpa jalan aku.

Final kot. Aku ambik time break. Aku tak nak belajar lagi. Nanti-nanti. Dan dalam hati aku tiba-tiba bertanya, “nanti bila?”


Ahhhhhh. Ya final. Stop di sini dulu. 

Diari Seorang Siapa (?): #5 - 4

Hi Harith. Ermm, patut aku mula dengan salam kan? 

Salam.

Aku pergi blog kau, dan satu perkataan je patut aku komen kat sini, “salute”. Barangkali kau sama muda macam aku, atau kau lebih muda. Tapi pemikiran kau, ke depan. Berapa ramai eh, kawan-kawan kau yang macam ni? Dia orang pernah ke berbincang serius dengan kau pasal apa yang berlaku kat sekeliling?

Sorry, banyak pula pertanyaan untuk perkenalan pertama.

Macam ni, ada benda yang berlaku dalam diri aku. Banyak pertanyaan-pertanyaan tetapi tak banyak jawapan yang aku dapat. Nak membaca banyak sangat, maklumlah, aku kan student. Banyak lagi benda lain yang perlu aku buat. Assignments melambak, kuiz, macam setiap hari jer.

Aku tahu, aku tahu, apa pun aku nak cakap kat sini, semuanya alasan. Sebab di celah masa yang aku free pun, bukanlah aku buat benda berfaedah pun, selain mengelamun, melepak, sembang dengan kawan-kawan, dan main game plus layan FB, Twitter, Whatsapp juga.

Sebab apa aku tak membaca, sebab aku belum rasa perlu pun untuk tahu semua benda waktu sekarang ni. Aku kan muda. Muda kan hanya sekali. Tapi walau pun aku fikir camtu, dan aku nak ignore semua benda lain, ada rasa yang tak selesai dalam hati aku ni. Entah kenapa jadi macam tu aku pun tak tahu.

Tahu apa aku buat? Aku pergi jumpa CJ7. Hahaha. Kadang-kadang aku fikir, CJ7 ni macam petapa pula. Macam dia boleh bagi aku jawapan semua benda yang aku nak tahu. Padahal, google kan ada (macam iklan PTPTN pula, PTPTN kan ado). Tapi jumpa pakcik Google dengan jumpa CJ7 berbeza. Maksud aku, ada interaksi nyata. Aku boleh tengok muka dia, gaya dia, perubahan wajah dia, semangat dia, kebijaksanaan dan tindakan dia. Seorang manusia yang sedang menunjukkan contoh tauladan. Contoh nyata, bukan khayalan macam pakcik Google (jangan fikir lain, aku tidak pernah ada rasa apa-apa pun kat CJ7, kecuali rasa hormat - tolong percaya.)

Aku nak tanya soalan penting untuk aku, tak tahu penting tak untuk kau, 

“orang muda macam aku, perlu apa nak berubah, perlu apa nak jadi seorang pemikir?” 

Haha, aku patut warning semua orang kot, kesan langsung kalau kau jumpa orang-orang macam CJ7. Walau dia jarang belanja kau makan (nak juga kan), tapi dia akan selalu belanja kau makan dari makanan intelektual, mental, jiwa, dan spritual. Itu yang boleh buat kau kenyang lama, dan waktu kau jogging seorang pun, kau rasa ada teman. Maksud aku, teman berfikir dalam kepala.

Kah kah kah, aku tahu kau dah mula gelakkan aku.

Sebelum ini CJ7 bagi dua tajuk buku novel yang perlu dibaca, ditulis oleh Hlovate. Contengan Jalanan dan satu lagi tajuk buku tu Versus. “Ini novel yang beri gambaran dan juga dorongan kenapa orang muda yang hipster, trendy dan cool juga boleh dan perlu berubah. Cerita dari dunia skateboarding dan juga band indie bawah tanah.”

Terjongket kening aku dibuatnya. CJ7 pun baca buku indie? Dan dukacita dimaklumkan, sampai sekarang aku belum baca. Siapa boleh bagitahu aku kat mana boleh dapat buku-buku ni?

Pesan lain CJ7, “baca sejarah orang muda, Ali bin Abi Talib, Zaid, Usamah bin Zaid, Sultan Muhammad Al Fateh, malah boleh je awak baca sejarah Mahatma Gandhi, yang moden lagi Rachel Corrie.”

Amekaw, tu la, nak tanya sangat.

Tiba-tiba sahaja keluar kat mulut aku, “apa salahnya saya belajar dari Dr. CJ7? Dr. kan relatifnya masih muda?”

“Kalau awak belajar sendiri, baca sendiri, awak akan menikmati zaman muda awak, light and easy. Kalau awak belajar dari saya, pembelajaran awak akan dipecutkan dengan sangat-sangat laju. Nanti awak jadi tua sebelum waktunya. Awak dah sedia ke?”

“Tapi Dr. tak tua pun. Dr. nampak seperti orang muda yang bijaksana.” Laju pula mulut aku beri komen. Jangan salahkan ku, memang aku jenis tergesa-gesa. Jangan fikir lain, ini bukan ‘mengayat’.

CJ7 tak marah. Juga tak teruja. Terus menyambung, “kesedaran yang awak akan dapat hasil dari perbincangan seperti ini, akan menyebabkan realiti awak berubah. Awak dah sedia ke?”

Berapa kali pula CJ7 ni nak tanya aku soalan yang sama. Mestilah soalan tu penting kan. Sebenarnya aku dah rasa macam cerita Matrix la plak. Bila Morpheus offer kat Neo, dua biji pil. Pil biru dan pil merah. Aku rasa benda yang sama. Seolah-olah CJ7 sedang offer kat aku pil, dan aku kena memilih pil yang mana satu.

“Realiti berubah? Saya akan masuk dimensi lain ke?”

CJ7 berdekah. Sopan perempuan Melayunya hilang. Aku jadi macam bodoh sekejap. Soalan aku pelik sangat?

“Tak de lah sampai macam tu. Awak ingat saya ada magik ke boleh bawa awak ke dimensi lain.” CJ7 berhenti sekejap. Aku diam untuk dengar.

“Realiti berubah maksud saya, awak akan nampak benda-benda lain penting juga. Bukan setakat pelajaran awak je, kawan-kawan, keluarga, benda yang awak suka seperti main game dan FB. Awak akan nampak benda-benda lain juga penting. Seperti perlunya awak melihat masyarakat sekeliling.”

Aku bertanya polos, “berubah pun ke arah benda baik kan Dr.?”

“Ya. Sebenarnya awak akan belajar untuk tahu apakah sebenarnya peranan sebagai seorang manusia hamba.”

“Ada reward ke?”

“Ada. Jadi manusia baik.” CJ7 senyum. “Tidak semua manusia nak jadi baik.”

“Sebab?”

“Sebab dunia ini majoritinya manusia yang tidak sedar. Maksud saya yang belum sedar peranan dan tanggungjawab mereka kenapa mereka diciptakan dan hidup. Sistem yang kita ada sangat menindas walau macam tak rasa, dan untuk senang mewah cepat, kita tidak boleh sentiasa baik.”

“Jadi, macam rugi juga jadi baik.”

“Rugi di sini, tetapi tidak di sana.”

Senyap.

“Kenapa awak diam?” suara CJ7 lembut di telinga.

“Nampak macam reward dia kureng menarik.” Aku berterus terang.

CJ7 kembali ketawa. Tapi CJ7 tak bersegera menjawab. “Mungkin. Menarik tidak tu sebenarnya awak yang tentukan. Kalau untuk saya, saya kata menarik. Kerana kita akan punya hidup yang ‘hidup’ dan tidak ‘mati’ sebelum waktunya.”

Tu dia eh, dewa dah ayat-ayat CJ7 ni.

“Kalau awak dah sedia, saya OK je nak berkongsi. Saya pun bukan tahu banyak, tapi kita boleh saling bertukar pendapat.”

CJ7 bagi aku masa berfikir. Aku nak buat pilihan untuk jadi baik? Hahaha, kelakar pula dilema aku ni. Jadi baik juga dilema.

Terus terang aku cakap, aku sebenarnya nak buat keputusan, aku tak nak belajar dengan CJ7. Aku tak nak realiti aku berubah. Sebab aku masih lagi mahu rasa happy main Candy Crush dan layan K-pop. Hahaha, macam pompuan. Saja je. Aku masih lagi mahu happy layan Metallica, Linkin Park, Nirvana, Justin Timberlake (Justin Bieber sorry beb, jambu sangat). Sorry lah pilihan band aku semua oldies, sebab dia orang je yang aku rasa memang offer muzik, band baru macam tak boleh masuk. Aku masih lagi nak layan Harimau Malaya, EPL, Bundesliga, Champions League, La Liga. Aku nak lentok dengan semua games, semua yang trending. Aku masih nak layan drama, filem, maharaja lawak, semualah. Fesyen lagi, F1, Nascar, huishh, banyak lagi ni aku belum senarai. Macamana aku nak cari couple, kalau aku tak cool dan hipster. 

Sorrylah, aku mungkin tak belajar kot dengan CJ7.