Wednesday, September 4, 2013

Diari Seorang Siapa (?) : #6 - 1

Nama saya Anfal. Anfal pelajar universiti. Macam pelik pula tulis macam ni dalam diari sendiri. Macamlah tak pernah tulis diari. Tapi kali ini penulisan diari adalah sebab tertentu. Anfal telah memasuki satu kelab yang ditubuhkan. Nama kelab ini ialah AKC. Nama panjangnya, Ashabul Kahfi Club. Pelik bukan? Nama Melayu kalau kita terjemahkan, Kelab Sahabat Gua.

Antara syarat kelab AKC ini ialah, wajib menulis catatan sendiri setiap kali menghadiri aktiviti kelab, atau pun jika tidak dapat mencatat apa-apa, catat peristiwa penting yang berlaku setiap hari. Tetapi coach kami CJ7 kata, kalau tidak dapat mencatat hari-hari, seminggu sekali mesti menulis. Tujuannya supaya kami ingat. Tapi Anfal sebenarnya belum dapat faham banyak apa yang Coach CJ7 mahukan dari kami, tetapi Anfal ikut sahaja.

Mmmmm, macam tidak reti pula bagaimana mahu mula menulis. Selalu menulis diari macam senang, tulis je apa yang Anfal suka. Kali ini, macam ada rasa risau sikit. Walaupun Coach CJ7 kata, diari kami memang akan kekal sebagai catatan peribadi tidak akan dibaca orang lain, tiba-tiba Anfal rasa macam buat benda yang penting pula. Macam ada rasa tanggungjawab nak tulis betul-betul.

Baik Anfal cuba sehabis baik.

Pertama Anfal mahu cerita bagaimana Anfal sertai AKC ni. Sebenarnya Anfal sudah lama memerhatikan Coach CJ7. Ramai yang kata dia pensyarah yang garang. Senior yang scorer komen lain, kata mereka Dr CJ7 tegas. Coach CJ7 konsisten dalam menghukum dan tidak akan tunduk dengan alasan yang macam-macam dari pelajar.

Anfal pula melihat Coach CJ7 dari sudut lain. Coach CJ7 sangat merendah diri orangnya. Percakapan, cara berpakaian, kereta yang dipakai, semua serba sederhana. Macam Anfal juga. Tetapi Coach CJ7 ada kisah kejayaan yang macam-macam, tetapi disorokkan dari pengetahuan ramai.

Kenapa Anfal boleh tahu semua. Sebab Anfal memang ikut blog Coach CJ7 lama sudah. Tapi Anfal tidak akan beritahu Coach, sekurang-kurangnya buat masa ni.

Anfal sendiri tidak sangka Coach CJ7 ada di Universiti Anfal. Bila melihat poster pelawaan untuk daftar kelab AKC, Anfal rasa ini peluang yang cukup baik. Anfal mahu jadi wanita berketrampilan dan berkarakter, bijak dan berhikmah macam Coach CJ7. Anfal mahu jadi wanita yang kuat dan bersemangat.

Itu tujuan Anfal sebenarnya.

Hmmmm, tapi Anfal macam sudah kekeringan idea nak sambung.  Lain kali Anfal tulis lagi ya diari.
Catatan untuk hari ini macam dah berubah dari apa yang Anfal buat dulu-dulu. Mungkin ini titik Anfal berubah. Moga boleh konsisten apa yang Anfal buat, moga apa yang Anfal buat akan beri manfaat