Tuesday, March 31, 2009

PUA: Gambate!

What do you when you fall down?
When you felt down, and you feel that you don't have strength get back up, do you think that you have hope?
You have to try 100 time to get up!
If you fail to get up 100 times, and you give up, do you think that you will get up? No!
You have to try, again and again.
It is the matter of finish.
You will find the strength to get up.
And you will.

Gambate! Juang ajo.

Friday, March 20, 2009

PUA (Pesan Untuk Adik): Cinta Guru

Kalau boleh saya tidak mahu sayang kamu yang terlalu. Lalu, saya akan katakan "Lu fikirlah sendiri".

Tapi dalam nubari terlalu banyak rasa, dan kamu terlalu banyak kehilangan. Seperti hari ini, kita menyambut tahun pertama kehilangan kekanda kita bukan? Lalu, kalau boleh saya gantikan setiap kehilangan, maka saya akan gantikan. Tapi saya tidak boleh. Saya hanya punya tulisan, lalu saya bina PUA (Pesan Untuk Adik) kerana bila tiba masa saya pulang pula nanti, kamu, tidak akan kekurangan apa-apa.

Kamu Adik, perlu cinta guru sepenuhnya. Sepenuhnya. Dengan penuh rasa kasih. Dengan penuh rasa percaya. Dengan hati mahu berbakti. Dengan hati yang sedia untuk mati.

Dan kerana itu pertama, kenali dulu siapa guru kamu.

Guru kita, adalah Teacher of Teachers, Muallim, Wahdah Khairah Ummah - Rasulullah Muhammad sawa. Wujudnya bukti ihsan Tuhan kepada seluruh umat manusia.

Mustaffa Imamal Mursalin.

Mustaffa Shafiaal Alamin.

Abal Qasim. Khairul Khalqillahi. Ishqqu Qalb.

Guru yang muncul dari padang pasir yang tiada punya harapan dan sejarah yang dikenal sebelum wujudnya, yang mengubah dunia kepada yang terbaik, dan menjadikan kita ummah yang terbaik.

Dia, bersolat munajjat pada Tuhan pada ketika semua sedang nyenyak tidur di peraduan.

Dia, menahan lapar dan dahaga ketika lain enak menjamah rasa.

Dia, yang menangis sehingga bercucuran air mata ketika yang lain ketawa sehinggalah di akhir nafasnya.

Dia, yang hanya mengharap, agar ummah sejahtera dunia dan akhirat.

Dia, yang mengajar untuk berlaku adil dan istiqamah dalam kebaikan.

Dia, yang mendidik untuk memberi makan pada yang miskin dan kelaparan.

Dia, yang menebarkan belas ikhsan dan kebaikkan, derita dan pengorbanan, kasih sayang dan cinta. Yang mengajar cinta demi Cinta.

Adik, cintailah dia sungguh-sungguh dari jalurnya. Jangan sesekali kamu lepas dari berpaut dari tali penghubung. Moga Adik, kita berjumpa di telaga Kautsar bersama-sama dengan kekanda, sambil minum dari piala Nabi, kerana Nabi telah redha!

(Adik, masihkah kamu ingat kekanda pergi ketika ulangtahun Nabi? Tika kamu mengalirkan air mata sayu, sedekahkan Al Fatihah. Tunjukkan juga iba hati kerana kehilangan Guru, Nabi, Rasul, Imam dan perpanjangkanlah solawat ulang-berulang).

Tuesday, March 17, 2009

Blog Untuk Adik

Saya mempunyai pemikiran yang banyak bila blog ini diwujudkan. Antara alasan, ia sebagai medan dwi bahasa, supaya tidak terkeliru dengan blog utama (yang dalam harapan ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Ibunda, atau sekali sekala diselit dengan bahasa Jawa, Minang, Jepun, Arab dan sebagainya).
Setelah berpedih mata :) saya akan kekalkan juga penulisan dwibahasa (Malaysia dan Inggeris), sekadar latihan, juga untuk panduan orang terdekat dengan saya.
Baru saya terfikir, dalam penulisan yang ada banyak terselit penulisan tentang adik. Owh, sepanjang perjalanan saya telah mengumpul banyak adik dari pelbagai bidang. Namun, tetap adik saya seorang sahaja. Jadi akhir-akhir ini saya terfikir untuk menulis blog untuk Adik. Untuk Adik saya nan seorang, untuk semua adik yang saya ketemu (yang Allah takdirkan kita bertemu), yang sudah dewasa dan perasan mahu jadi adik (pun boleh), untuk adik-adik (pun boleh).
Kenapa?
Mmm, bila kita hidup akhirnya kita akan mati juga. Namun yang kesal, bila kita mati, harta kita diagihkan dengan kerakusan. Bukan dengan hukum Tuhan. Bukan dengan hikmah yang diberi Allah. Meski kita sudah mewasiatkan (hibah) harta itu kepada sekian-sekian, tetap akan ada tangan yang mempercayai bahawa pertimbangan mereka lebih wajar dari hukum Allah melalui RasulNya. Tetap ada yang rasa mereka berilmu, lalu dengan ilmu itu yang hak mereka praktikkan. Sedang Allah lebih Maha Mengetahui. Tapi, yang terjadi di sekeliling, adalah realiti hidup, sehingga kita menerima hukum Tuhan secara total, tiada yang akan berubah.
Itu.
Itu alasan saya. Andai kata nanti, suatu hari saya mati, dan orang akan mencederai janji hibah di atas harta yang ditinggalkan (mmm, macamlah ada) sekurang-kurangnya saya punya tulisan, yang ditinggalkan untuk Adik. Meski jika tiada dari harta dunia yang bersisa sekalipun, sekurang-kurangnya, ada, satu harta, yang saya hibahkan untuk Adik. Dan dunia menatapnya. Dunia pun boleh bersaksi atasnya.
Ini.
Blog Untuk Adik.